[Update] Pembiayaan Sehingga RM10,000 Dengan Tekun Mobilepreneur 2.0. Download Borang Permohonan Ini Atau Mohon Secara Online Segera

1,888

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Dengan Tekun Mobilepreneur 2.0

Seperti sedia maklum, TEKUN telah mewujudkan satu inisiatif untuk membantu mereka yang bekerja dalam sektor perkhidmatan penghantaran menggunakan motorsikal dengan pembiayaan sebanyak RM10,000.

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 2.0

Skim ini adalah skim yang keduan diwujudkan oleh TEKUN dimana sebelum ini Skim TEKUN Mobilepreneur 1.0 lebih kepada skim pembiayaan baik pulih motorsikal serta modal pusingan dengan had pembiayaan sehingga RM2,000.

Manakala Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0 pula merupakan pembiayaan membeli motorsikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan sehingga RM10,000.

Rujuk juga : Mohon Disini RM10,000 Untuk Pembiayaan Rider TEKUN Mobilepreneur 2.0 PENJANA

Syarat Kelayakan Permohonan Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0

Sebelum membuat permohonan, anda boleh semak dahulu kelayakan permohonan Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0 disini.

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  • Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Dengan Tekun Mobilepreneur 2.0. Download Borang Permohonan Ini Atau Mohon Secara Online Segera

Download Borang Permohonan Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0

Sekiranya anda melepasi syarat kelayakan, download borang permohonan seperti :

Permohonan Skim TEKUN Mobilepreneur 2.0 Secara Online

Sekiranya anda mempunyai kekangan masa untuk mengisi borang ini secara manual, anda boleh membuat secara online sahaja dan ;

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Dengan Tekun Mobilepreneur 2.0. Download Borang Permohonan Ini Dan Mohon Segera

  • Klik bahagian DAFTAR AKAUN ANDA SEKARANG.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik butang DAFTAR AKAUN.
  • Buka emel dan tekan link bahagian pengesahan pendaftaran.
  • Masukkan alamat emel dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Borang permohonan mestilah disertakan dengan dokumen yang diperlukan seperti :
    a) Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
    b) Gambar pemohon berukuran passport.
    c) Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
    d) Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah : Permohonan membeli motosikal.
    e) Salinan geran motosikal yang sah : Permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    f) Salinan cukai jalan motosikal yang sah : Permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    g) Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal) : Permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    h) Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
    i) Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
    j) Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
    k) Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

Pembiayaan Sehingga RM10,000 Dengan Tekun Mobilepreneur 2.0. Download Borang Permohonan Ini Atau Mohon Secara Online Segera

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh melayari laman web TEKUN NASIONAL di :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image