Kakitangan Kerajaan Dan Pesara Terima Bonus Raya, Diskaun Tol 50% Sempena Raya Dan SST Bermula September

144

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media sebentar tadi telah mengumumkan kakitangan awam bergred 41 ke bawah dan pesara akan menerima imbuhan raya.

Bagi pegawai kerajaan gred 41 ke bawah, mereka akan menerima bantuan imbuhan raya sebanyak RM400 dan pesara akan menerima imbuhan sebanyak RM200.

Tun Mahathir dalam kenyataan itu juga menyatakan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula September ini bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dimansuhkan bermula 1 Jun 2018.

Dalam sidang media itu juga, Perdana Menteri Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan, tetapi namanya diganti kepada Bantuan Sara Hidup dan akan dibayar pada 6 Jun 2018.

Selain itu, berita baik yang diumumkan oleh Tun M ialah, kadar tol akan diberi diskaun sebanyak 50% dua hari sebelum raya, ini bermakna sesiapa yang menggunakan tol pada 13 dan 14 Jun 2018, mereka akan menikmati kadar tol murah 50% daripada biasa.

Untuk harga petrol pula, kerajaan mengumumkan bahawa harga RON95 dan Diesel akan kekal manakala RON97 akan diapungkan, ini bermakna harga RON97 akan berubah-ubah seperti sebelum ini mengikut harga minyak dunia.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image