Info Kerjaya Malaysia

Bolehkah Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga Anda?

14,667

Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga

Nama anda tersenarai untuk hadir temuduga pada minggu depan. Tetapi pakaian yang bagaimanakah sesuai untuk dipakai pada hari temuduga nanti? Ada yang mengatakan bahawa tidak perlu memakai blazer ketika temuduga. Adakah ianya benar?

Pakai Blazer Atau Tidak?

Sebenarnya anda boleh memilih untuk memakai blazer atau tidak ketika hadir temuduga. Ianya bukan satu kesalahan yang besar untuk memakai atau tidak malahan tiada pemotongan markah melainkan temuduga tertentu yang memerlukan anda untuk memakai blazer.

Antara temuduga yang memerlukan anda untuk memakai blazer ialah :

  • Temuduga Guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
  • Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  • Temuduga Syarikat GLC
  • Temuduga bagi jawatan gred tinggi
  • Temuduga jawatan pentadbiran

Serta pelbagai jenis temuduga yang berkaitan.

Calon Lelaki

Bagi calon lelaki, anda perlu memakai pakaian dalam satu sut seperti :

  • Kemeja putih atau biru muda
  • Seluar berwarna hitam atau biru gelap
  • Tali leher yang lebih gelap daripada baju kemeja dan sepadan dengan kemeja.
  • Blazer yang sama warna dengan seluar sama ada hitam atau biru gelap.
  • Memakai tag nama ditempat yang betul iaitu sebelah kiri dada anda.

Bolehkah Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga Anda?

Calon Wanita

Bagi calon wanita pula,sekiranya anda memakai baju kurung, anda tidak digalakkan untuk memakai blazer ketika temuduga. Kebanyakan temuduga SPA atau SPP tidak menggalakkan anda untuk memakai blazer.

  • Pakai baju kurung yang tidak ketat dan pakai tudung  yang tidak keterlaluan warnanya.
  • Pilih warna baju yang tidak terlalu terang seperti ungu gelap, kelabu, hitam, biru gelap dan hijau gelap.
  • Pakai mekap yang nipis dan tidak keterlaluan.
  • Pakai kasut yang bertutup dan seeloknya berwarna hitam.
  • Pakai name tag anda juga pada sebelah kiri agar penemuduga dapat melihat nama anda dengan jelas.

Bolehkah Pakai Blazer Dan Name Tag Ketika Hadiri Temuduga Anda?

Blazer Yang Sesuai

Jika anda ingin memakai blazer, pastikan :

  • Blazer tidak terlalu ketat dan tidak terlalu besar.
  • Memakai blazer yang betul iaitu calon wanita mesti memakai blazer potongan wanita dan calon lelakimesti memakai blazer potongan lelaki.
  • Warna blazer mestilah berwarna gelap dan warnanya tidak terlalu terang.
  • Tidak meletakkan aksesori lain di blazer anda selain name tag seperti sapu tangan, bunga, pen atau kertas pada poket blazer.
  • Pastikan blazer anda tidak terlalu lusuh dan dalam keadaan yang bersih.

Name Tag Yang Sesuai

Name tag juga terdapat dalam pelbagai jenis. Oleh itu, anda harus berhati-hati untuk memilih name tag yang sesuai untuk hadir temuduga. Anda boleh :

  • Tempah name tag dalam bentuk pekerja kerajaan.
  • Name tag tersebut mestilah berwarna hitam putih.
  • Tiada logo pada name tag anda.
  • Letakkan nama pendek sahaja sekiranya nama anda terlalu panjang. Contoh : Sharifah Sharina Aina Mardhiah. Jadi, pilih salah satu nama untuk diletakkan ke dalam name tag anda.

Apa sahaja pemakaian anda, anda boleh memilih untuk memakai blazer atau tidak. Yang penting disini, anda perlu memakai pakaian dengan kemas dan mengikuti etika pemakaian yang betul ketika temuduga.

close-image