Cara Permohonan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

Tahu tak anda, selain Bantuan Awal Persekolahan, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah memperkenalkan skim Kumpulan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM 2019.

Antara tujuan utama Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) diperkenalkan adalah untuk membantu mengurangkan jurang pendidikan yang wujud dengan mengenalpasti faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan.

Untuk mengatasi masalah ini, KPM melancarkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang diperkenalkan pada Januari tahun 2003.

Di bawah merupakan maklumat lengkap cara memohon Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan juga apakah syarat-syarat kelayakan bagi memohon KWAPM sebagai rujukan ibu bapa di luar sana.

APA ITU BANTUAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengenalpasti bahawa antara faktor keciciran di kalangan murid sekolah adalah disebabkan kemiskinan.

Untuk mengatasi masalah ini, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai Darjah Satu (1).

Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin” ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah.

Berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan Kementerian Kewangan pada 10 April 2003, sumber kewangan Tabung KWAPM diperolehi daripada peruntukan kerajaan dan sumbangan pihak luar.

Objektif utama Bantuan KWAPM ini adalah untuk memberi bantuan secara khusus kepada murid miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan/bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama dengan harapan dapat mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh.

JENIS DAN KADAR BANTUAN KWAPM

Untuk makluman, sebanyak RM100 disediakan untuk murid sekolah rendah manakala pelajar sekolah menengah akan menerima RM150 bantuan am persekolahan meliputi pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan lain-lain barang keperluan sekolah.

Di bawah merupakan jenis dan kadar bantuan KWAPM yang bakal diperolehi oleh pelajar yang layak.

Jenis dan Kadar Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)

Untuk memohon bantuan ini, anda mestilah memenuhi beberapa syarat kelayakan seperti di bawah:

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).
  2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.
  3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)BERMINAT UNTUK MENYUMBANG?

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang ke tabung bantuan KWAPM, anda boleh menghantar sumbangan atas nama SUMBANGAN TABUNG KWAPM ke akaun bank seperti berikut: Maybank 5640 1611 7704

Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat melalui cek berpalang/wang pos/kiriman wang atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan dialamatkan kepada:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Kewangan
Aras 6-7, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8000 8000

Untuk maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ini, anda boleh terus ke laman Kementerian Pendidikan Malaysia.

Leave a Reply