Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan, Lihat Cara Mohon Disini

294

Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan, Lihat Cara Mohon Disini

Beberapa hari yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kaukus ADUN Muda Selangor telah mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada mahasiswa melalui Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan.

Ia berikutan ramai mahasiswa yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan ia bertujuan untuk meringankan beban mahasiswa yang bakal mendaftar di IPT seluruh negara serta berikutan penangguhan pendaftaran secara fizikal / bersemuka yang memberikan kesan kepada pelajar yang telah tiba di kampus dan terpaksa berpatah balik ke kampung masing-masing.

3 Jenis Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

Terdapat 3 jeni sbantuan yang akan disalurkan iaitu :

  • Bantuan makanan.
  • Pelitup muka dan pensanitasi tangan.
  • Pengangkutan kepada mahasiswa / mahasiswi yang perlu pulang ke kampung.

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

Syarat kelayakan untuk Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan ialah seperti berikut :

  • Mahasiswa / mahasiswi Selangor yang belajar di negeri Selangor.
  • Mahasiswa / mahasiswi dari negeri lain yang belajar di negeri Selangor.
  • Mahasiswa / mahasiswi negeri Selangor yang belajar di negeri lain.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini :

Edaran TS Care Kit (IPTS sahaja)

  • Layari laman web http://bit.ly/mdekatA
  • Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Klik butang SUBMIT.

Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA sahaja)

  • Layari laman web http://bit.ly/mdekatB
  • Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Klik butang SUBMIT.

Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor

  • Layari laman web http://bit.ly/mdekatC
  • Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Klik butang SUBMIT.

Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan, Lihat Cara Mohon Disini

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image