#INFORMASI ID: REF-436450

KEDAH SAHAJA, BAKAL PENGANTIN TIDAK PERLU HADIR KURSUS PRA-PERKAHWINAN SEPANJANG PKPB.

AUTHOR: ZIETA ZUMIRA
UPDATED: 29 MAY 2020
READ: 2m
Kedah Sahaja, Bakal Pengantin Tidak Perlu Hadir Kursus Pra-Perkahwinan Sepanjang PKPB
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

Bakal Pengantin Tidak Perlu Hadir Kursus Pra-Perkahwinan Berita baik buat bakal pengantin di negeri Kedah kerana anda tidak perlu hadir kursus pra-perkahwinan disepanjang tempoh PKPB dijalankan. Jadi, sekiranya tidak perlu hadir kursus, adakah terdapat prosedur lain yang memudahkan bakal pengantin untuk melangsungkan pernikahan yang telah dirancang? Ikuti perkongsian ini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai […]

Bakal Pengantin Tidak Perlu Hadir Kursus Pra-Perkahwinan

Berita baik buat bakal pengantin di negeri Kedah kerana anda tidak perlu hadir kursus pra-perkahwinan disepanjang tempoh PKPB dijalankan.

Jadi, sekiranya tidak perlu hadir kursus, adakah terdapat prosedur lain yang memudahkan bakal pengantin untuk melangsungkan pernikahan yang telah dirancang?

Ikuti perkongsian ini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai isu ini.

Prosedur Pernikahan Sepanjang PKPB

Bagi memudahkan bakal pengantin bernikah sepanjang tempoh PKPB ini, kerajaan negeri Kedah memutuskan bahawa bakal pengantin untuk negeri Kedah tidak perlu mengikuti Kursus Pra-Perkahwinan. Sebaliknya bakal pengantin perlu melalui satu prosedur ringkas iaitu temuduga ringkas di pejabat Agama Daerah.

Namun prosedur permohonan untuk bernikah dijalankan seperti biasa iaitu secara online.

Kedah Sahaja, Bakal Pengantin Tidak Perlu Hadir Kursus Pra-Perkahwinan Sepanjang PKPB

Temuduga Pernikahan

Bakal pengantin akan melalui proses temuduga yang dijalankan oleh Pegawai Pejabat Agama Daerah. Bakal pengantin juga tidak dikenakan sebarang bayaran semasa melalui proses temuduga ini.

Temuduga ini akan akan dijalankan pada hari yang sama dengan majlis akad nikah yang diadakan di pejabat Agama Daerah.

Ia membolehkan pasangan pengantin bernikah walaupun tanpa sijil kursus pra-perkahwinan.

Kedah Sahaja, Bakal Pengantin Tidak Perlu Hadir Kursus Pra-Perkahwinan Sepanjang PKPB

Tempoh Masa Temuduga

Proses temuduga ini mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja dan dijalankan di pejabat Agama Daerah masing-masing.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sekiranya bakal pengantin ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai perkara ini serta ingin bertanya soalan yang berkaitan, sila hubungi :

Tamat Intel_Report // REF-436450
Zieta Zumira
Verified_Intelligence_Lead

ZIETA ZUMIRA.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS