Bahaya! Tidur Dalam Kereta Boleh Akibatkan Kematian

1,049

Bahaya! Tidur Dalam Kereta Boleh Akibatkan Kematian

Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan berita yang agak menakutkan dimana terdapat kematian akibat tertidur di dalam kereta dan dalam keadaan enjin kereta tidak dimatikan.

Sebab Berlakunya Kematian Ketika Tidur Dalam Kereta

Hal ini berlaku disebabkan kerana keracunan karbon monoksida iaitu :

  • Mungkin berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika sedang tidur dan menyebabkan mangsa lemas.
  • Secara tidak langsung, pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
  • Darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
  • Membuka tingkap tidak membantu kerana karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida

Untuk mengelakkan daripada kita semua keracunan akibat karbon monoksida, apa yang perlu kita lakukan sebagai pencegahan ialah :

  • Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
  • Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
  • Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.

karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.

Sumber : MyGCC

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image