Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Mohon Kerja Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17

830

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan ini adalah melalui Portal SPA Malaysia. Sila ikuti langkah memohon di bawah agar anda tidak terlepas menjawat jawatan ini.

Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan pengambilan jawatan bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Awam & Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk mengisi kekosongan jawatan seperti diiklankan di bawah.

1. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 (Jabatan Perkhidmatan Awam) ~ 6 Kekosongan
2. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) ~ 18 Kekosongan

Permohonan jawatan di atas merupakan permohonan terbuka yang boleh dilakukan secara terus melalui portal SPA Malaysia.

Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini bagi jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 tidak perlu mendaftar semula.

Namun calon perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Bagaimana Memohon:

Calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 2016 boleh melakukan kemaskini permohonan jawatan tersebut melalui pautan di bawah. Rujuk deskripsi tugas dan syarat memohon di sini.

MOHON SEKARANG

Permohonan hendaklah menggunakan Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) di laman SPA. Klik pautan “MOHON SEKARANG” untuk memohon.

Iklan Jawatan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17:

Klik iklan jawatan kosong Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 seperti yang disiarkan di portal SPA Malaysia di bawah dan save as sebagai rujukan permohonan anda.

Iklan Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17

Tarikh Tutup:

Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

08 Mei 2016

close-image