Info Kerjaya Malaysia

Bagaimana Mohon Kerja Pegawai Bomba & Penyelamat

524

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan ini adalah melalui Portal SPA Malaysia. Sila ikuti langkah memohon di bawah agar anda tidak terlepas menjawat jawatan ini.

Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan pengambilan 286 jawatan bagi pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan seperti diiklankan di bawah.

1. Pegawai Bomba Gred KB17

Permohonan jawatan di Jabatan Bomba Malaysia merupakan permohonan terbuka yang boleh dilakukan secara terus melalui portal SPA Malaysia.

Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini bagi jawatan Pegawai Bomba Gred KB17 tidak perlu mendaftar semula.

Namun calon perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Bagaimana Memohon:

Calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan Pegawai Bomba Gred KB17 2016 boleh melakukan kemaskini permohonan jawatan tersebut melalui pautan di bawah. Rujuk deskripsi tugas dan syarat memohon di sini.

MOHON SEKARANG

Permohonan hendaklah menggunakan Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) di laman SPA. Klik pautan “MOHON SEKARANG” untuk memohon.

Iklan Jawatan:

Klik iklan jawatan kosongPegawai Bomba Gred KB17 seperti yang disiarkan di portal SPA Malaysia di bawah dan save as sebagai rujukan permohonan anda.

Jawatan Kosong Pegawai Bomba Gred KB17

Tarikh Tutup:

Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

10 April 2016

close-image