Bagaimana Mohon Jawatan Jururawat U29

SPA melalui portal rasminya mengumumkan pengambilan baru Jururawat U29 melalui program latihan separa perubatan 2018 yang ditawarkan.

Untuk maklumat, terdapat 2 kategori bagi lantikan separa perubatan iaitu:

  • Kategori 1 bertaraf Sijil (SPM)
  • Kategori 2 bertaraf Diploma

Bagi calon berminat dengan kerjaya Jururawat anda perlulah memohon mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma yang diiklankan. Pastikan anda pilih jawatan Jururawat sebagai pilihan anda.

Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

JAWATAN KOSONG LATIHAN SEPARA PERUBATAN 2018

Berikut antara kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

  • Jururawat
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Juru X-Ray
  • Juruterapi Pergigian
  • Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Penolong Pegawai Farmasi

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

  • Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Pembantu Kesihatan Awam

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan

CARA MOHON JURURAWAT

Pendaftaran permohonan jawatan kosong latihan separa perubatan 2018 perlu melalui portal rasmi SPA dengan mengisi borang SPA8i.

Sebarang penghantaran surat atau resume tidak diperlukan.

Dalam bulan Januari ini SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2018 jam 11.59 malam.

Mohon sekarang di portal rasmi SPA. Terus sahaja ke Portal SPA Malaysia dan kemaskini permohonan anda. Klik pautan di bawah:

MOHON JAWATAN JURURAWAT

close-image