Bagaimana Memohon Jawatan Kosong Imigresen
Ikuti langkah di bawah untuk memohon jawatan kosong Jabatan Imigresen melalui portal SPA Malaysia.
Calon boleh melakukan permohonan terus melalui laman SPA Malaysia dengan Pegawai Imigresen sebagai pilihan jawatan.
Cara Membuat Permohonan SPA8 Online
1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
Syarat-syarat
- Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui online sahaja
- Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
- Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
- Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga
Syarat Terkini Permohonan SPA
Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
- (a) Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
- (b) Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
- (c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan
pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam
Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my
Pautan Baru Borang SPA8i
* Berikut merupakan dua pautan baru bagi Borang SPA8i:
- 1. Klik Putra 12 http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Klik Putra 2 http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Semakan Keputusan Peperiksaan SPA Online
- Sila klik http://e-semakan.spa.gov.my/
Jangan terlepas membuat permohonan jawatan kosong terkini Imigresen sebagai kerjaya pilihan anda. Semoga berjaya.