Anda Ingin Jual Rumah? Ini Kos Yang Perlu Anda Bayar

209

Jual Rumah Dan Kos Yang Perlu Dibayar

Jika anda ingin menjual rumah, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa kos yang perlu anda tahu dan pertimbangkan dahulu. Terdapat beberapa bayaran wajib yang perlu dibayar supaya anda mendapat pulangan yang besar.

Untuk mengetahui tentang kos ini, anda teruskan membaca perkongsian ini.

2 Kos Yang Perlu Dibayar

2 kos yang perlu dibayar oleh penjual adalah :

  • Kos yuran
  • Kos cukai

Kos Yuran

Untuk kos yuran pula terbahagi kepada tiga iaitu :

  • Yuran bayaran ejen hartanah
  • Kos pembaikan dan ubahsuai rumah
  • Yuran guaman

1. Yuran bayaran ejen hartanah

Jika anda menggunakan perkhidmatan ejen hartanah untuk membantu anda menjual rumah, anda perlu membayar yuran ejen hartanah tersebut.

Servis ejen ini termasuk menetapkan harga dan mengiklankan rumah, proses melawat dan menempah rumah, serta proses perundingan dengan pembeli yang berminat .

Komisyen yang dikenakan selalunya 2-3% dari harga jualan hartanah dan tidak lebih daripada 3%. Jika rumah dijual dengan harga RM500,000, komisyen maksimum kepada ejen ialah sebanyak RM15,000.

Untuk memastikan anda dapat penilaian harga jualan rumah yang tepat, dapatkan servis pentaksir bertauliah untuk menilai rumah anda.

Harga rumah

Kadar

Sehingga RM100,000 yang pertama

0.25%

Untuk baki seterusnya sehingga RM2 juta

0.2%

Untuk baki seterusnya sehingga RM7 juta

0.167%

Untuk baki seterusnya sehingga RM15 juta

0.125%

Untuk baki seterusnya sehingga RM50 juta

0.1%

Untuk baki seterusnya sehingga RM200 juta

0.067%

Untuk baki seterusnya sehingga RM500 juta

0.05%

Untuk baki seterusnya lebih dari RM500 juta

0.04%

Jika harga rumah tersebut dinilai pada RM900,000, bayarannya ialah :

= (0.25% x RM100,000) + (0.2% x RM800,000)
= RM250 + RM1,600
= RM1,850 (jumlah yuran penilaian)

Anda juga boleh membuat anggaran harga jualan rumah dengan membandingkan harga rumah yang serupa dengan anda dalam kawasan yang sama.

Setelah mendapat harga rumah, iklankan jualan rumah anda di laman media sosial kerana ia merupakan satu medium iklan yang sangat mudah dan cepat.

2. Kos pembaikan dan ubahsuai rumah

Untuk mendapatkan harga jualan yang lebih tinggi, sudah pasti anda akan mengeluarkan sedikit duit untuk mencantikkan rumah sebelum dijual.

Kos pembaikan dan ubahsuai rumah boleh dimasukkan ke dalam harga rumah untuk dijual. Tidak perlu membuat ubah suai besar-besaran tetapi cukuplah rumah anda bersih dan cantik seperti rumah baru dengan mengecat semula rumah anda.

3. Yuran guaman

Perlu di bayar apabila telah berjaya mendapatkan pembeli, kerana seorang peguam diperlukan untuk menyediakan Surat Tawaran serta Surat Perjanjian Jual Beli (SPA).

Peguam ini akan mengendalikan semua hal undang-undang yang berkaitan dengan penjualan rumah.

Yuran guaman juga bergantung pada harga rumah, di mana lagi tinggi harga rumah, lagi tinggi jumlah bayarannya.

Anda Ingin Jual Rumah? Ini Kos Yang Perlu Anda Bayar

Kos Cukai

Setelah anda berjaya menjual rumah, cukai yang dikenakan oleh LHDN ialah CHKT atau RPGT. Cukai ini anda perlu bayar pada kerajaan atas keuntungan yang anda dapat daripada jualan rumah anda.

CHKT ditentukan bergantung kepada tempoh berapa lama anda memiliki rumah tersebut. Penting untuk anda tahu tempoh anda memiliki rumah tersebut kerana perbezaan kadar boleh menjadi sangat ketara.

Contoh :

Jika anda seorang warganegara Malaysia dan menjual rumah selepas 6 tahun 1 hari, anda hanya perlu membayar sebanyak 5% sahaja.

Selepas 5 tahun 364 hari pula, anda perlu membayar sebanyak 15%. Tetapi jika tiada keuntungan atau mengalami kerugian, anda  akan mendapat pelepasan cukai.

Pengecualian yang dibenarkan ketika memfailkan CHKT

  • Bila hartanah dipindahkan sebagai hadiah antara ahli keluarga terdekat.
  • Pengecualian sekali seumur hidup atas sebarang keuntungan yang diperolehi dari pelupusan kediaman persendirian bagi Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia.
  • Pengecualian atas RM10,000 yang pertama atau 10% dari keuntungan yang diperolehi.

Penjimatan jika pemfailan dilakukan sendiri

Anda akan dapat menjimatkan wang jika tidak menggunakan ejen atau peguam untuk memfail CHKT anda.

Kemukakan borang CKHT 1A kepada LHDN sendiri. Panduan dan borang yang diperlukan semuanya boleh diperolehi dari laman web rasmi LHDN.

Cara pengiraan CHKT

Pertama sekali anda perlu tahu keuntungan yang boleh dikenakan cukai tersebut dan dapatkan perbezaan antara harga pembelian hartanah dan harga jualannya kemudian darabkan dengan kadar yang sesuai.

Cukai Pendapatan

Anda mungkin dikenakan Cukai Pendapatan kerana LHDN kerana menjual rumah anda. LHDN aktif meneliti transaksi hartanah untuk menentukan sama ada penjualan tersebut tertakluk kepada CHKT atau Cukai Pendapatan.

LHDN mungkin akan mencari anda kerana anda mungkin dikenakan kadar Cukai Pendapatan sebanyak 28% atas harga jualan rumah termasuk penalti.

Cara untuk tidak mengelakkan LHDN mencari anda adalah dengan memahami konsep “the badges of trade tests’.

Ia telah direka khas oleh mahkamah untuk digunakan oleh LHDN dalam menentukan sama ada penjual sebenarnya ‘berdagang’ (Cukai Pendapatan), ataupun ‘melabur’ (CHKT) dalam hartanah.

Faktor ‘the badges of trade tests’ adalah seperti berikut :

  • Perubahan Pada Hartanah : Penambahbaikan atau pengubahsuaian yang dilakukan pada hartanah sebelum dijual supaya lebih mudah dipasarkan mungkin menarik LHDN.
  • Sumber Pembiayaan : Rumah selalunya dibiayai oleh pinjaman jangka panjang untuk pelaburan, tetapi rumah yang dianggap spekulatif biasanya dibiayai menggunakan dana jangka pendek seperti overdraf bank.
  • Penggunaan hartanah : Disimpan sebagai perdagangan atau disewa sebagai pelaburan.
  • Kekerapan Transaksi : Ianya mungkin menunjukkan perdagangan hartanah jika urus niaga hartanah kerap berulang dan sangat sistematik.

Anda Ingin Jual Rumah? Ini Kos Yang Perlu Anda Bayar

Berdasarkan perkongsian ini, sekurangnya anda mengetahui terdapat beberapa kos yang perlu anda tanggung sebelum dan selepas anda menjual rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image