Adakah Majikan Mengikut Undang-Undang Ketika Membuang Pekerja?

256

Adakah Majikan Mengikut Undang-Undang Ketika Membuang Pekerja?

Ekonomi merosot, seluruh dunia mengalami pandemik Covid-19. Syarikat dan kilang tidak dapat beroperasi dengan baik seperti dahulu. Permintaan berkurang dan pengeluaran juga menyusut. Majikan mula berkira-kira membuang pekerja untuk menjimatkan kos.

Mula-mula diberi cuti tanpa gaji, kemudian diarahkan menghabiskan cuti tahunan. Tiba-tiba anda tersenarai dalam senarai pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

Adakah perkara ini mengikut undang-undang?

Jadi, anda perlu tahu sama ada pemberhentian anda ini mengikut undang-undang atau tidak.

Adakah Majikan Mengikut Undang-Undang Ketika Membuang Pekerja_

Alasan Membuang Pekerja

Adakah syarikat yang membuang pekerja telah membuang pekerjanya dengan alasan yang adil dan munasabah?

Kebiasaannya alasan yang selalu didapati adalah :

  • Syarikat mengalami kerugian
  • Terlebih kerja / jawatan (redundancy)

Tetapi, adakah alasan yang diberikan itu betul atau tidak walaupun ianya kelihatan agak munasabah ketika ini.

Adakah Majikan Mengikut Undang-Undang Ketika Membuang Pekerja_

Pembuangan Kerja Atas Alasan Syarikat Mengalami Kerugian

Jika majikan menyatakan anda dibuang kerja kerana syarikat mahu menjimatan kos dan mengalami kerugian, ini soalan yang perlu anda fikirkan.

  • Betul ke syarikat mengalami kerugian?
  • Jika betul apa buktinya? Contohnya penyata akaun yang menunjukkan syarikat mengalami kerugian
  • Adakah pernah syarikat memaklumkan mengalami kerugian sebelum ini?
  • Adakah syarikat ada membuat pembayaran lain yang tidak penting?
  • Adakah syarikat membuat kaedah penjimatan sebelum ini?
  • Adakah elaun pengarah syarikat dinaikkan ketika itu?
  • Adakah terdapat bukti perbincangan dalam ahli lembaga syarikat tentang perlunya dibuat pembuangan kerja sebelum ini?
  • Adakah syarikat ada mengambil pekerja baru dalam masa terdekat ini?

Jika anda menerima jawapan yang negatif mengenai soalan diatas, anda perlu membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dengan segera kerana anda dibuang kerja secara tidak adil.

Pembuangan Kerja Atas Alasan Redundancy

Jika redundancy menjadi alasan majikan anda, ini soalan yang perlu anda tanya pada diri anda sendiri.

  • Adakah ada bukti syarikat membuat penstrukturan semula jawatan?
  • Adakah fungsi, tanggungjawab dan tugas anda masih wujud walaupun anda diberhentikan kerja?
  • Adakah syarikat membuat rundingan dan perbincangan sebelum anda ditamatkan kerja?
  • Adakah syarikat mengamalkan polisi FWFO (Foreign Worker First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda?
  • Adakah syarikat mengamalkan polisi LIFO (Last In First Out) dalam menamatkan perkhidmatan anda atau syarikat ada mengamalkan polisi yang lain?
  • Adakah syarikat menawarkan VSS kepada anda sebelum menamatkan perkhidmatan?

Pentingnya anda tahu disini, sekiranya ada lagi orang lain yang melakukan tugasan anda, redundancy tidak berlaku disini.

Tugas, fungsi dan tanggungjawab tidak akan wujud sama sekali sekiranya ianya tidak diperlukan lagi.

Anda perlu melaporkan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) sekiranya semua persoalan diatas tidak mempunyai jawapan yang diperlukan kerana pemberhentian anda daripada syarikat adalah secara tidak adil.

Adakah Majikan Mengikut Undang-Undang Ketika Membuang Pekerja_

Ketahui hak anda sebagai seorang pekerja dan pastikan pemberhentian anda adalah mengikut undang-undang yang betul.

Adakah ini hari pertama anda masuk bekerja di syarikat baru? Jika ya, dapatkan tips ini dan amalkan pada hari pertama anda masuk bekerja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Sumber :

  • Peguam Mohamad Nasruddin Abd Rahman
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image