Dalam ujian psikometrik/psikologi PTD, sistem lebih percaya calon yang stabil dan konsisten berbanding calon yang cuba nampak sempurna. Simulasi ini membantu anda mengesan konflik jawapan sebelum anda masuk ujian sebenar.
Jika anda mahu set latihan penuh, rujuk contoh soalan psikometrik PTD. Untuk memahami dimensi keseluruhan, baca dimensi psikometrik PTD dan konteks psikologi di penilaian psikologi PTD.
Cara Guna Simulasi Ini (Arahan 60 Saat)
- Jawab setiap item menggunakan skala A–E seperti biasa.
- Hadkan masa sekitar 20 saat/item agar anda tidak overthink.
- Selepas siap, rujuk bahagian “Skema Semakan Konflik” untuk semak corak jawapan.
Jika anda perlukan teknik menjawab yang lebih tersusun, ikut teknik 20 saat/item psikometrik PTD dan rujuk panduan konsisten jawab psikologi PTD.
Set Simulasi 30 Item (Normal + Songsang)
Pilihan Jawapan: A. Sangat Tidak Setuju, B. Tidak Setuju, C. Tidak Pasti, D. Setuju, E. Sangat Setuju
- Saya menolak sebarang hadiah yang boleh mempengaruhi keputusan kerja.
- Saya rasa tidak perlu semak semula dokumen jika saya sudah biasa buat.
- Saya boleh bertenang walaupun dikejar masa.
- Saya suka menyebarkan cerita tentang rakan sekerja.
- Saya memastikan tarikh dan fakta dokumen adalah tepat.
- Saya mendengar pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
- Saya mudah panik apabila kerja bertimbun.
- Saya boleh bekerjasama walaupun saya tidak serasi dengan rakan pasukan.
- Saya boleh mengubah sedikit data agar laporan nampak lebih baik.
- Saya suka belajar perkara baharu untuk menambah baik kerja.
- Saya mengelak berbincang kerana takut konflik.
- Saya boleh menerima teguran tanpa mengambil secara peribadi.
- Saya memastikan tindakan susulan mesyuarat dibuat mengikut tarikh.
- Saya hanya bekerja bersungguh-sungguh jika ada ganjaran.
- Saya mengurus tekanan dengan menyusun prioriti dan tindakan.
- Saya membezakan hubungan peribadi dengan urusan kerja.
- Saya mudah naik suara apabila orang lain tidak setuju.
- Saya mengekalkan profesionalisme walaupun penat.
- Saya suka menunjukkan kuasa supaya orang hormat.
- Saya menghormati perbezaan pandangan walaupun saya tidak setuju.
- Saya menyimpan rasa tidak puas hati tanpa berbincang.
- Saya menilai isu berdasarkan fakta dan prosedur.
- Saya cepat putus asa apabila kerja sukar.
- Saya boleh memberi arahan yang jelas apabila diperlukan.
- Saya cuba memahami sebab seseorang bertindak begitu sebelum menilai.
- Saya boleh bekerja tanpa perlu dipantau sepanjang masa.
- Saya menganggap jalan pintas itu biasa dalam urusan rasmi.
- Saya akan bertanya jika tidak pasti sebelum membuat keputusan.
- Saya cepat pulih dan meneruskan kerja selepas gagal.
- Saya mengutamakan kepentingan organisasi berbanding kepentingan diri.
Cara Semak Konflik Jawapan (Skema Semakan)
Gunakan pasangan item berikut untuk semak sama ada anda konsisten:
Integriti
- Item 1 (tolak hadiah) berkonflik jika anda setuju pada Item 27 (jalan pintas biasa) atau Item 9 (ubah data).
Disiplin Dan Kehematan
- Item 5 (tepat fakta) berkonflik jika anda setuju pada Item 2 (tak perlu semak semula).
Teamwork Dan Konflik
- Item 6 (dengar pandangan) berkonflik jika anda setuju pada Item 17 (naik suara) atau Item 11 (elak bincang takut konflik).
Emosi Dan Resiliens
- Item 3 (bertenang) berkonflik jika anda amat setuju pada Item 7 (panik) dan Item 23 (putus asa).
Jika anda nampak konflik ketara, baca panduan konsisten jawab psikologi PTD dan semak juga item songsang melalui item songsang psikometrik PTD.
Apa Perlu Dibetulkan Jika Anda Nampak “Fake Good”
- Turunkan ekstrem pada item kabur (E → D, A → B) jika perlu.
- Kekalkan 3–5 anchor traits dan jawab selari dengannya.
- Pastikan item songsang tidak “terlepas pandang”.
Penutup
Simulasi ini membantu anda mengenal pasti konflik jawapan sebelum ujian sebenar. Selepas anda kemaskan corak, sambung latihan penuh di contoh soalan psikometrik PTD dan siapkan fasa temuduga melalui soalan temuduga PTD.
Panduan Peperiksaan PTD
Jangan lupa dapatkan panduan Peperiksaan Psikometrik PTD M9 di bawah yang dikeluarkan oleh Portal PTD Malaysia.
Untuk makluman anda, kami dah lebih dari 10 Tahun membantu calon peperiksaan PTD menjawab soalan exam dengan tenang dan yakin. Preview panduan peperiksaan Psikometrik PTD M9 di bawah.
