7 Inisiatif Diwujudkan Untuk Pulih Sektor Logistik Dan Perkapalan Yang Terjejas

574

7 Inisiatif Diwujudkan Untuk Pulih Sektor Logistik Dan Perkapalan

Sebagai langkah untuk memulihkan sektor logistik dan perkapalan, sebanyak 7 inisiatif diwujudkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata inisiatif yang diluluskan jemaah LPK menerusi persidangan yang diadakan pada Isnin lepas meliputi beberapa kaedah dan ia dilihat dapat merancakkan semula sektor tersebut.

7 Inisiatif Diwujudkan Untuk Pulih Sektor Logistik Dan Perkapalan Yang Terjejas

7 Inisiatif Untuk Pulih Sektor Logistik Dan Perkapalan

Antara 7 inisiatif tersebut ialah :

  • Melanjutkan tempoh simpanan tambahan secara percuma kepada kargo dan kontena. Kontena import akan ditambah tempoh simpanan daripada 4 hari kepada 6 hari dan kargo eksport ditambah daripada 5 hari kepada 7 hari.
  • Permit dan yuran dikenakan oleh agensi kerajaan dikecualikan sepanjang PKP sehingga Disember 2020. Bertujuan mengurangkan kos ditanggung oleh pengguna pelabuhan seterusnya menggalakkan pertumbuhan sektor logistik dan perkapalan.
  • Insentif komersial daripada operator terminal kepada syariakt perkapalan, pengimport dan pengeksport untuk meringankan beban kewangan serta mengalakkan aktiviti perdagangan.
  • Sistem digitalisasi akan dibangunkan secara bersepadu di Pelabuhan Klang sebagai inisiatif bagi meningkatkan produktiviti seterusnya mempelbagaikan perdagangan dalam sektor logistik.
  • Meningkatkan kapasiti infrastruktur di Pelabuhan Klang bagi menambah produktiviti dan perdagangan.
  • Pemberian insentif kewangan oleh LPK berjumlah 3.2 juta kepada penyewa-penyewa tanah LPK, syarikat perkapalan dan operator jeti bermula Mac hingga Disember 2020.
  • Sewa pajakan sebanyak 30% bagi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) diberi penangguhan untuk tempoh 6 bulan mulai bulan Julai dan sewa pajakan akan dibayar semula pada tahun depan.

7 Inisiatif Diwujudkan Untuk Pulih Sektor Logistik Dan Perkapalan Yang Terjejas

Terminal Pertama Di Dunia Menggunakan Sistem Pengesahan Kontena Kawalan Jauh (RPS)

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga turut melancarkan sistem Pengesahan Kontena Kawalan Jauh (RPS) di Pelabuhan Barat bagi menggantikan kerja-kerja kerani kapal (stowage clerk) untuk pengesahan kontena.

Pelabuhan Barat merupakan terminal pertama dunia yang menggunakan teknologi ini melalui infrastruktur tanpa wayar dimana pengesahan kontena hanya mengambil masa 30 saat berbanding 3 minit sebelum ini.

“Kalau sebelum ini tenaga manusia digunakan untuk buat pemeriksaan, sekarang dijalankan secara automatik. Sistem ini hanya menggunakan kamera bagi memeriksa kontena pada kapal.”

“Kedudukan Malaysia tidak jauh dengan pelabuhan lain yang berada pada kedudukan ke-11 dan ke-10. Antara perkara yang harus dilakukan untuk menaikkan kedudukan ialah projek pembesaran terminal dan mempertingkatkan kecekapan pengendalian kargo dan kontena.”

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image