Info Kerjaya Malaysia

Jangan Seronok, 6 Perkara Ini Bukan Tanda Anda Bakal Lulus Temuduga

1,503

Jangan Seronok, 6 Perkara Ini Bukan Tanda Anda Bakal Lulus Temuduga

Keluar daripada bilik temuduga dengan gembira kerana beranggapan sesi temuduga yang dijalankan sebentar tadi berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan pastinya anda bakal dipanggil untuk melapor diri tidak lama lagi.

Jangan terlampau seronok ya calon-calon semua. Mungkin anda salah membuat anggapan terhadap situasi yang berlaku sebentar tadi kerana merasakan telah membuat sesuatu yang terbaik.

Apakah anggapan calon temuduga yang merasakan bahawa mereka bakal lulus cemerlang dan berjaya dalam temuduga? Mari kita lihat satu persatu.

6 Anggapan Calon Lulus Temuduga

1. Memiliki Pendidikan Yang Terbaik

Sesetengah calon memounyai kelulusan yang cemerlang dalam pendidikan tidak kira diperingkat apa sekalipon sama ada Sijil, Diploma atau Ijazah sekalipun. Ia tidak membantu anda untuk berjaya dalam temuduga sekiranya anda tidak menampilkan yang terbaik dalam diri anda ketika sesi temuduga dijalankan.

2. Calon Mesti Ramah

Kemahiran bercakap sangat diutamakan ketika anda menjawab soalan temuduga. Tetapi anda tidak perlu terlalu ramah dan bercakap banyak sehingga jawapan anda tidak menepati kehendak soalan penemuduga. Hadkan jawapan dengan kehendak soalan, padat dan ringkaskan.

3. Temuduga Yang Lama Lebih Berpeluang Untuk Berjaya

Jika penemuduga mengambil masa yang lama menemuduga anda, belum tentu lagi anda berpeluang untuk berjaya dengan mudah dalam temuduga ada. Semuanya bergantung kepada kemahiran dan kualiti anda ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

4. Ada Surat Sokongan / Kabel

Ada kabel atau hadir temuduga beserta surat sokongan? Ini bukan penanda anda terus diterima untuk bekerja ya. Jika anda tidak menampilkan yang terbaik dalam diri anda ketika sesi temuduga, mungkin anda gagal kerana benar-benar tidak layak untuk menjawat jawatan tersebut.

5. Soalan Yang Ditanya Sangat Senang

Ini juga satu lagi anggapan yang salah daripada calon. Soalan yang senang dan dapat berikan jawapan bukan penentu anda bakal lulus temuduga. Mungkin penemuduga melihat cara anda menjawab serta kreativiti anda dalam memberikan jawapan.

6. Suasana Meriah Dan Ceria

Suasana sesi temuduga yang meriah dan ceria penuh dengan gelak ketawa daripada panel penemuduga . Belum tentu kemesraan yang ditunjukkan memandakan bahawa anda lulus temuduga ya.

Mahu berjaya dalam temuduga? Jangan lakukan perkara ini. Apakah perkara tersebut? Klik sini dan jadikan ianya sebagai panduan anda.

close-image