Info Kerjaya Malaysia

Panduan Resume : Inilah 6 Part Paling Penting Dalam Resume Dan Sering Di Scan Dahulu Oleh Majikan

1,781

6 Part Paling Penting Dalam Resume

Mesti ramai pencari kerja sudah pandai dan kreatif dalam menghasilkan resume sendiri dengan menggunakan template serta kostum sendiri dengan hanya menggunakan PowerPoint bukan?

Tahukah anda majikan terkini hanya membaca resume anda selama 6 saat sahaja dan jika kandungannya menarik, mereka akan meluangkan masa dengan lebih lagi untuk mendapatkan maklumat anda dengan lebih lanjut.

Tinggalkan resume anda yang old school dan ikuti perkembangan masa resume dan jadikan resume anda fresh serta lebih menarik.

Panduan Resume : Inilah 6 Part Paling Penting Dalam Resume Dan Sering Di Scan Dahulu Oleh Majikan

6 Part Paling Penting Dalam Resume Dan Sering Di Scan Dahulu Oleh Majikan

Terdapat 6 part penting dalam resume anda yang menjadi fokus utama majikan adalah :

1. Nama Penuh Dan Jantina

Letakkan nama penuh dan jantina dengan betul pada resume.

2. Tempat Kerja Terdahulu

Masukkan sahaja nama tempat kerja anda yang terdahulu serta nama tempat anda menjalani latihan industri anda.

3. Pangkat Dan Posisi

Jangan lupa untuk memasukkan pangkat dan posisi pekerjaan anda di syarikat anda yang terdahulu.

4. Pengalaman Kerja

Bagi pengalaman kerja pula, majikan akan melihat pada jangka masa perkhidmatan anda sama ada anda seorang yang bertukar-tukar kerja dari satu tempat ke tempat yang lain.

5. Tarikh Mula Dan Tamat Kerja

Tarikh ini sangat penting kerana majikan akan menilai anda adalah seorang pekerja yang suka bertukar kerja atau tidak. Kebanyakan majikan sukakan seorang pekerja yang setia dan berkhidmat dalam tempoh masa yang lama.

6. Latar Belakang Pendidikan

Latar belakang pendidikan sangat penting kerana majikan inginkan mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang mempunyai kaitan dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan.

Ini tidak bermakna bahagian lain tidak penting, tetapi majikan akan terus membaca resume anda pada bahagian yang seterusnya sekiranya ingin memilih dan membuat saringan bagi mendapatkan calon yang tepat dengan kehendak mereka.

Panduan Resume : Inilah 6 Part Paling Penting Dalam Resume Dan Sering Di Scan Dahulu Oleh Majikan

Ingin masukkan keywords dengan betul ke dalam resume anda agar sepadan dengan kehendak majikan? Klik sini dan jadikan ia sebagai rujukan anda untuk menghasilkan resume yang tepat dengan kehendak majikan.

close-image