500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

29,969

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021

Terdapat 500 peluang kerja kepada belia menjelang 2021 nanti dan peluang kerja tersebut juga termasuk daripada kalangan komuniti kumpulan isi rumah B40.

Peluang kerja tersebut merupakan satu usaha Nestlé (Malaysia) Bhd dalam menyokong kumpulan masyarakat yang terjejas pekerjaan dan sumber pendapatan akibat Covid-19 selain dengan cita-cita mereka untuk menyediakan peluang ekonomi kepada 10 juta golongan muda menjelang 2030 secara global amnya.

500 Peluang Kerja Yang Ditawarkan

Antara 500 peluang kerja yang ditawarkan adalah berdasarkan beberapa program seperti :

  • Program Pelatih Pengurusan
  • Latihan Amali dan Perantis
  • Pengambilan pekerja secara langsung

“Selain melengkapkan belia dengan kemahiran relevan dan meningkatkan peluang mereka untuk diambil bekerja, kami juga mahu memastikan peserta, terutama mereka daripada kumpulan B40, mempunyai sumber pendapatan stabil untuk mengharungi masa-masa sukar ini.”

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé, Juan Aranols

Pihak Nestlé juga akan terus menyediakan pengalaman praktikal menerusi acara-acara ‘kesediaan untuk bekerja’ dan meneroka lebih banyak peluang menerusi kerjasama dengan rakan niaga serta syarikat luar yang mendukung matlamat yang sama.

Cara Memohon Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd

Untuk membuat permohonan kerja dengan Nestlé (Malaysia) Bhd :

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Klik SEE ALL CAREER AREAS.
  • Masukkan KEYWORDS, COUNTRY, LOCATION, CAREER AREA atau COMPANY.
  • Kemudian klik JOB SEARCH.
  • Atau scroll ke bawah untuk lihat jenis-jenis pekerjaan yang ditawarkan.

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Lihat negeri atau jawatan yang anda minat dan klik pada jawatan tersebut.

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Nama jawatan serta skop tugasan akan dipaparkan.
  • Seterusnya klik APPLY.

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Pilih untuk APPLY WITH LINKEDIN atau APPLY NOW.

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian SIGN IN. Sekiranya belum mendaftar, anda boleh mendaftar akaun terlebih dahulu dengan klik CREATE AN ACCOUNT dan ikuti setiap langkah-langkah mendaftar satu persatu.

500 Peluang Kerja Dengan Nestlé (Malaysia) Bhd Menjelang 2021. Mohon Segera Sebelum Terlambat

  • Setelah siap, LOG IN seperti biasa dan buat permohonan kerja yang anda inginkan.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai program belia Nestlé dan cara untuk menyertainya sila layari :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image