5 Tuntutan Termasuk Kenaikan Gaji Oleh Cuepacs Kepada Perdana Menteri

1,331

5 Tuntutan Termasuk Kenaikan Gaji Oleh Cuepacs Kepada Perdana Menteri

Pihak cuepacs menyatakan permohonan mereka ingin berjumpa Perdana Menteri untuk membincangkan status 5 tuntutan melibatkan kebajikan penjawat awam yang ditangguhkan akibat perubahan kerajaan.

5 Tuntutan Oleh Cuepacs

Antara 5 tuntuan oleh Cuepacs ialah :

  • Kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai 2018 .
  • Pemendekan kenaikan pangkat ‘time based’ kali kedua yang dikurangkan dari 13 tahun kepada 10 tahun berkuat kuasa 1 Januari 2018.
  • Pengumuman gaji tambahan kepada guru gred DG56.
  • Penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari boleh ditukar kepada wang tunai bagi yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun.
  • COLA (Kadar Bantuan Sara Hidup) tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana juga diperluas kepada penjawat awam Sabah dan Sarawak.

Tujuan Untuk Bertemu Perdana Menteri

Pertemuan dengan Perdana Menteri ini adalah untuk membolehkan Cuepacs membentangkan semua justifikasi kajian daripada aspek peruntukan, maklum balas, memuktamadkan proses dan aturan pelaksanaan bagi lima tuntutan tersebut.

“Ini bukan suatu perkara baharu tetapi merupakan satu libat urus yang panjang telah Cuepacs adakan sebelum ia diumumkan kerajaan lagi, malah, Cuepacs juga telah mengambil kira faktor-faktor yang ada pada ketika ini.”

5 Tuntutan Termasuk Kenaikan Gaji Oleh Cuepacs Kepada Perdana Menteri

Harapan Cuepacs

Cuepacs berharap kerajaan segera menunaikan lima tuntutan yang belum dilaksanakan itu memandangkan ia telah diumumkan kerajaan sebelum ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image