Info Kerjaya Malaysia

[Update] Tell Me About Yourself? Fokus Dengan Menjawab 5 Perkara Ini Sahaja Untuk Tarik Majikan Anda

777

Tell Me About Yourself? Fokus Dengan Menjawab 5 Perkara Ini Sahaja Untuk Tarik Majikan Anda

Owh, soalan ini senang untuk dijawab. Jika senang pada anda, mungkin tiada nilainya pada bakal majikan anda. Untuk menjawab soalan ini, tidak semudah yang anda fikirkan. Jadi apa yang perlu dijawab untuk soalan ini?

Sebelum kita teruskan mengenai perkara penting yang perlu dijawab bagi soalan ini, mari lihat dahulu 5 soalan bocor yang sering disoal ketika temuduga.

Perkara Yang Tidak Perlu Disebut Ketika Menjawab Soalan “Tell Me About Yourself?”

Terdapat beberapa perkara yang tidak perlu anda sebutkan ketika menjawab soalan ini kerana ia kelihatan seperti temuduga semasa sekolah. Antaranya ialah :

  • Umur anda
  • Hobi anda
  • Bilangan adik beradik
  • Pekerjaan ibu bapa
  • Serta perkara-perkara yang agak tidak relevan

Perkara diatas adalah perkara yang boleh dikatakan sebagai sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu dinyatakan ketika menjawab soalan “Tell Me About Yourself?” ini.

5 Perkara Wajib Dijawab Bagi Soalan “Tell Me About Yourself?”

Seperti yang dinyatakan seorang penemuduga, mereka tidak lagi ingin mendengar jawapan yang tidak relevan dan lebih memilih supaya calon bercakap dengan ringkas dan tepat dengan kehendak mereka.

5 perkara yang perlu anda sebutkan ialah :

Skop Kerja

Sebutkan skop kerja pekerjaan anda yang terdahulu serta tugasan anda yang telah anda lakukan sebelum ini. Tonjolkan kelebihan anda dalam tugasan tersebut dan pastikan ianya sepadan dengan pekerjaan yang anda pohon.

Cara Selesaikan Masalah

Mungkin anda mengalami beberapa masalah ketika menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh majikan yang terdahulu. Jadi, ceritakan cara anda mengatasi masalah tersebut dengan efektif dan ceritakan kejayaan anda menyelesaikan masalah tersebut.

Pencapaian Anda

Juga ceritakan pencapaian anda selama anda bekerja di tempat kerja anda. Apa sahaja pencapaian anda, ceritakan dalam sisi positif kerana bakal majikan mahukan seorang pekerja yang cemerlang untuk bersama mereka dalam syarikat.

[Update] Tell Me About Yourself? Fokus Dengan Menjawab 5 Perkara Ini Sahaja Untuk Tarik Majikan Anda

Cabaran Yang Dihadapi

Pastinya setiap pekerjaan mempunyai pelbagai cabaran yang anda hadapi. Ceritakan cabaran tersebut dan bagaimana anda mengatasinya. Jadikan setiap cabaran tersebut sebagai cerita yang positif dan mempunyai nilai di mata bakal majikan anda.

Pengetahuan Yang Ada

Sebutkan kemahiran yang ada pada anda dan sesuai untuk djadikan aset pada syarikat baru anda. Masa inilah masa yang sesuai untuk anda menjual diri anda. Majikan memang mencari bakal pekerja yang sesuai untuk mengisi jawatan tersebut dan anda pula perlu yakinkan mereka bahawa andalah calon yang paling sesuai.

[Update] Tell Me About Yourself? Fokus Dengan Menjawab 5 Perkara Ini Sahaja Untuk Tarik Majikan Anda

Jadi, mulai hari ini anda boleh menukar cara menjawab soalan “Tell Me About Yourself?” ini dengan lebih kreatif dan unik. Kelainan yang anda tonjolkan boleh menjadikan anda calon yang paling sesuai untuk sesebuah syarikat.

Mahu tips untuk menjawab soalan temuduga dengan mudah? Baca ini untuk membantu anda menjawab soalan-soalan temuduga dengan mudah dan jadikan anda lebih yakin.

close-image