5 Perkara Penting Tentang Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham

1,179

Pajak Gadai

Sebut sahaja pajak gadai pastinya semua akan fikirkan tentang barang kemas atau emas yang ada pada anda. Dah tentu terbayang pajak gadai merupakan tempat untuk anda gadaikan barang kemas dan anda akan mendapat wang tunai.

Tetapi adakah anda tahu bahawa pajak gadai ini mempunyai etika yang perlu anda tahu dan fahami sebelum anda membuat sebarang urusan.

Sekurangnya dengan memahami beberapa etika yang digariskan, anda tidak akan mudah tertipu oleh kedai pajak gadai semasa membuat urusan.

Akta Pajak Gadai

Terdapat Akta Pajak Gadai iaitu Akta Pajak Gadai 1927 yang telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang berkaitan pajak gadai di seluruh negara.

Rujuk pautan ini : PAJAK GADAI

5 Perkara Penting Tentang Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham

Etika Pajak Gadai

Fahami etika pajak gadai yang dikongsikan ini seperti :

1. Memahami Konsep Pajak Gadai

Anda perlu memahami terlebih dahulu apa itu konsep pajak gadai Konsep pajak gadai tersebut iaitu memberikan pinjaman wang tunai ke atas barangan gadaian tertentu bagi tempoh 6 bulan dengan faedah sebanyak 2% sebulan.

Harta peribadi yang boleh digaai adalah seperti :

  • Barang kemas
  • Jam tangan berjenama
  • Pen berjenama

Barang yang tidak boleh digadai :

  • Komputer peribadi (Laptop)
  • Telefon bimbit

Anda (pemajak gadai) perlu membawa barang gadaian untuk mendapatkan pinjaman. Catatkan butir-butir transaksi pemajak gadai dalam buku dengan mengeluarkan surat pajak gadai.

5 Perkara Penting Tentang Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham

2. Buat Semakan Tarikh Luput

Perkara ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana anda tidak boleh menuntut barang gadaian anda selepas tarikh luput. Tetapi jika kedai pajak gadai bersetuju untuk melanjutkan tempoh pinjaman, anda boleh menuntut barang gadaian anda.

Untuk mengelakkan perkara ini semakin rumit, anda perlu sentiasa menyemak tarikh luput tempoh gadaian anda. Jika tarikh gadaian telah luput, barang gadaian anda akan menjadi kepunyaan kedai pajak gadai sekiranya nilai gadaian kurang RM200.

3. Kemaskini Alamat

Dinasihatkan supaya anda mengemaskini alamat sekiranya terdapat pertukaran alamat. Berikan alamat terkini kepada kedai pajak gadai. Ini kerana notis pemberitahuan lelongan barang gadaian akan dihantar kepada anda mengikut alamat yang diberikan.

4. Lesen Kedai Pajak Gadai

Sebelum anda membuat gadaian di kedai pajak gadai tertentu,pastikan kedai tersebut mempunyai lesen yang sah. Anda mungkin akan menanggung risiko yang tidak sepatutnya sekiranya kedai tersebut tidak mempunyai lesen gadai yang sah. Jika ragu-ragu, anda boleh membuat gadaian di Ar Rahnu Koperasi, Ar Rahnu Yapeim serta Ar Rahnu Bank Rakyat yang telah diketahui operasinya.

5. Tuntutan Ke Atas Hak Anda 

Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan atau kemusnahan barangan gadaian anda akibat kebakaran, kecurian dan rompakan, anda boleh membuat tuntutan ke atas hak anda.

Kedai pajak gadai yang mengenakan kadar faedah yang tinggi sehingga lebih 2% sebulan boleh dibawa ke pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekiranya berlaku kehilangan atau kemusnahan barang gadaian.

Anda boleh membuat aduan di mahkamah sekiranya kedai pajak gadai enggan menyerahkan barang gadaian atau barang gadaian yang diterima berkurangan nilai. Ini kerana pihak mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintahkan kedai pajak gadai membayar ganti rugi kepada pemajak gadai dengan harga yang munasabah.

Perbezaan Pajak Barang Kemas Di Pajak Gadai & Bank

Memajak di Institusi perbankan ada kebaikannya, jika berlaku malapetaka yang tidak diingini iaitu rompakan ataupun kebakaran, nilai barangan kemas tersebut akan dipulangkan oleh pihak bank berbanding dengan kedai pajak gadai hanya bertanggungjawab memulangkan lebihan pinjaman sebanyak 25% sahaja.

5 Perkara Penting Tentang Pajak Gadai Yang Anda Perlu Tahu Dan Faham

 

Soalan Lazim Pajak Gadai

1. Apakah itu pajak gadai?

Fungsi kedai-kedai pajak gadai ialah memberi pinjaman wang tunai keatas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan.

2. Apakah tahap pinjaman maksimum yang boleh diperolehi daripada pajak gadai?

Pinjaman tidak melebihi RM10,000.00 yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

3. Adakah terdapat sekatan terhadap waktu perniagaan dan sekatan terhadap penerimaan barangan?

Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun. Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal. Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri. Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”

4. Berapakah kadar faedah yang akan dicaj?

Menurut Akta Pajak Gadai 1972 faedah yang dibenarkan ialah 2% atau 24% setahun. Jikalau dicaj selebih daripada jumlah tersebut adalah merupakan satu kesalahan.

5. Tempoh untuk menebus barang gadaian

Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tetapi gadaian juga boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tidak dapat menebus gadaian sebelum tamat tempoh pemajak gadai boleh memberitahu kepada pemegang pajak gadai untuk melanjutkan tempoh masa tidak kurang daripada tiga bulan. Setiap butir lanjutan hendaklah dibuat dalam buku pemegang pajak gadai juga dalam surat pajak gadai.

6. Apakah perlindungan Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 sekiranya gagal menebus gadaian sebelum tamat tempoh?

Wang lebihan adalah hak mutlak pemajak gadai. Pemegang pajak gadai dikehendaki memberitahu pemajak gadai mengenai jualan itu melalui surat berdaftar dalam tempoh tujuh hari dari had lelongan dan menghantar penyata menunjukan lebihan berkenan. Jika pemajak gadai tidak menuntut lebihan berkenan dalam tempoh empat bulan, pemegang pajak gadai berkenan dikehendaki membayar wang lebihan tersebut kepada Akauntan Negara (Kerajaan) dalam masa 14 hari. Pemajak gadai masih boleh menuntut lebihan itu daripada Perbendaharaan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image