Info Kerjaya Malaysia

Ini 5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume Anda

3,267

Ini 5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume Anda

Jika anda mempunyai kemahiran perkeranian seperti pengurusan pemfailan, memasukkan data, komunikasi yang cekap melalui telefon dan membuat jadual temu janji, masukkannya ke dalam resume anda.

Ini adalah kemahiran asas yang perlu ada pada setiap orang kerana kemahiran ini dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai pengalaman yang diperlukan oleh setiap majikan.

Ia adalah bonus buat anda.

Contoh Kemahiran Perkeranian

Berikut adalah contoh umum kemahiran perkeranian yang boleh di masukkan ke dalam resume anda :

  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Kemahiran asas komputer
  • Kreatif
  • Pengurusan Organisasi
  • Pengetahuan asas matematik

Ini 5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume Anda

1. Komunikasi lisan dan bertulis

Anda akan banyak berkomunikasi dengan pelbagai orang di pejabat bermula daripada pekerja biasa,  rakan sejawat, pelanggan, eksekutif dan pengurus syarikat. komunikasi yang akan berlaku mungkin melalui telefon, secara langsung, emel, Skype dan sebagainya. Kemahiran komunikasi yang ada dapat membantu anda membina hubungan yang baik di tempat kerja dan meningkatkan prestasi kerja anda

Kemahiran komunikasi bertulis pula lebih banyak melibatkan emel secara profesional kepada pelanggan atau pekerja. Emel tersebut harus menggunakan penggunaan bahasa yang profesional, tiada kesalahan tatabahasa dan juga mudah difahami. Kemahiran komunikasi bertulis juga melibatkan penggunaan Microsoft Word untuk menaip dokumen di tempat kerja termasuk memo, pembentangan atau penyediaan bahan maklumat lain.

2. Kemahiran asas komputer

Anda boleh menyelesaikan banyak tugas asas dengan menggunakan komputer. Kemahiran asas menggunakan komputer membolehkan anda menyelesaikan tugas mudah seperti memasukkan data dengan menggunakan spreadsheet di dalam Microsof Excel. Penting juga untuk anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran menggunakan Microsoft Office yang lain seperti PowerPoint, One Note dan Outlook untuk kegunaan seharian.

Tingkatkan kemahiran menaip supaya semua kerja atau tugasan yang diberikan dapat diselesaikan dengan cepat tanpa sebarang kesalahan.

Ini 5 Kemahiran Perkeranian Yang Boleh Dimasukkan Di Dalam Resume Anda

3. Kreatif

Anda perlu mempunyai fikiran yang kreatif apabila berlakunya keadaan atau kejadian yang muncul secara tiba-tiba dan tidak disangka. Dengan pemikiran yang kreatif anda dapat menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat

4. Pengurusan Organisasi

Menyimpan dokumen dalam bentuk digital atau cetakan yang difailkan dan disimpan akan membantu anda mengetahui di mana dokumen penting berada sekiranya anda perlu mengambilnya dengan segera. Kemahiran ini juga dapat memastikan bahawa maklumat sulit disimpan di tempat yang selamat, mengurangkan risiko kehilangan atau dicuri.

Ia juga membantu anda untuk mengingati projek, tugas dan mesyuarat yang akan datang. Dengan membuat nota semasa pembentangan atau tutorial kerja, anda dapat merujuk maklumat tersebut apabila diperlukan.

5. Pengetahuan asas matematik 

Bergantung pada jawatan, anda mungkin perlu mengetahui asas matematik dan cara memasukkan nombor terutamanya menggunakan Microsoft Excel. Hal ini kerana kebanyakan syarikat menggunakan Microsoft Excel untuk mencatat dan mengatur maklumat bernombor serta diperlukan dalam membuat asas perakaunan.

Contoh Resume Bahagian Kemahiran Perkeranian

Masukkan dengan lengkap jenis kemahiran yang anda ada beserta tugasan yang telah anda siapkan seperti contoh di bawah :

Bahagian kemahiran 

Kemahiran Teknikal

  • Program perisian perakaunan seperti AutoCount untuk memproses hutang, penghutang, penerimaan, pengeluaran dan baucar akaun serta data gaji.
  • Perisian ERP.

Kemahiran Tambahan

  • Penilitian tugasan dengan terperinci
  • Komunikasi lisan dan bertulis
  • Pemikiran kritikal dan kreatif
  • Penyelesaian masalah
  • Rekonsiliasi untuk jumlah
  • Penyediaan penyata aliran tunai
  • Penyediaan laporan, pengeluaran invois
  • Pengiraan hutang, kos, kadar, jumlah, liabiliti menggunakan Microsoft Excel

Bahagian pengalaman kerja 

Dewan Bandaraya Orange
Pembantu Perkeranian | Mei 2020-Disember 2022

  • Menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator untuk edit gambar laman web, risalah, pembentangan dan logo syarikat.
  • Membuat data menggunakan Microsoft Word untuk menyiapkan dokumen.
  • Adobe InDesign digunakan untuk membuat layout dan memformat teks, lebar kotak dan jarak untuk bahan syarikat.
  • Meneliti dan memasukkan transaksi kewangan ke dalam sistem pengurusan pangkalan data, seperti Microsoft Access dan Microsoft Excel.

Sekurangnya dengan meletakkan kemahiran perkeranian ini ke dalam resume dapat membuatkan majikan mengetahui kemahiran asas anda selain daripada kemahiran lain yang diperlukan oleh mereka.

Bagaimana untuk menggunakan teknik psikologi untuk dapatkan jawatan yang anda pohon? Dapatkan disini 9 tips yang boleh anda amalkan.

Selamat mencuba.

close-image