Info Kerjaya Malaysia

Pencari Kerja, Inilah 3 Perkara “Jangan” Dilakukan Selepas Temuduga

941

Sesi Temuduga Selesai Dengan Selamat

Akhirnya sesi temuduga telah selesai dengan selamat dan anda sudah boleh menarik nafas dengan lega. Lagipun telah banyak masa yang telah diluangkan sebagai persediaan serta persiapan untuk menghadapi temuduga.

Tetapi tahukah anda bahawa sesi temuduga telah tamat sepenuhnya sekiranya anda telah menerima jawapan sama ada anda diterima bekerja atau tidak sahaja. Jika tidak, anda akan melalui proses yang sama iaitu mohon dan dipanggil temuduga.

Bagi anda yang tidak tahu membuat persiapan setelah menerima panggilan temuduga, rujuk sini apa yang perlu anda lakukan

3 Perkara “Jangan” Dilakukan Selepas Temuduga

Mesti ada diantara anda yang melakukan 3 perkara “jangan” ini seperti :

Overthinking

Mengapa jangan overthinking? Ini adalah supaya anda tidak terlalu memikirkan perkara yang telah berlaku dan doakan serta tawakal setelah anda melakukan yang terbaik ketika sesi temuduga dijalankan.

Anda juga tidak perlu memikirkan tentang sesi temuduga orang lain serta kesilapan-kesilapan yang telah anda lakukan ketika temuduga yang lepas. Jika anda rasa anda ada membuat kesilapan, jadikan sebagai panduan dan jangan ulangi lagi sekiranya anda dipanggil temuduga untuk jawatan yang lain.

Pencari Kerja, Inilah 3 Perkara _Jangan_ Dilakukan Selepas Temuduga

2. Tidak hantar nota “Terima kasih”

Jangan lupa menghantar nota ucapan “terima kasih” kepada penemuduga atau urusetia temuduga yang menguruskan sesi temuduga anda pada hari tersebut.

Anda boleh membuat nota ucapan tersebut 1 atau 2 hari sebelum anda hadir temuduga. Ucapan terima kasih ini sangat berharga buat mereka kerana merasakan diri dihargai dan pastinya mempunyai markah tambahan untuk bahagian ‘attitude’ anda.

Pencari Kerja, Inilah 3 Perkara _Jangan_ Dilakukan Selepas Temuduga

3. Berhenti mencari kerja

Jangan mudah berpuas hati selepas tamat temuduga dan teruskan mencari pekerjaan. Selagi anda tidak ditawarkan sebarang pekerjaan, anda boleh teruskan untuk mencari kerja dan anda bukanlah seorang yang tamak. Anda juga berhak untuk menerima tawaran kerja sama ada 2 atau 3 jenis tawaran kerja.

Anda boleh membuat pilihan dengan membuat perbandingan pekerjaan berdasarkan maklumat seperti :

  • Tempoh kontrak / tetap
  • Jarak tempat kerja dengan rumah
  • Gaji yang ditawarkan
  • Diskrepsi tugas
  • Faedah yang diperolehi

Pencari Kerja, Inilah 3 Perkara _Jangan_ Dilakukan Selepas Temuduga

Oleh itu, tidak salah anda teruskan usaha anda memohon kerja walaupun anda sudah dipanggil temuduga kerana anda belum lagi dipanggil untuk melapor diri dan bekerja di syarikat tersebut.

Ingin tahu proses mohon kerja serta langkah-langkahnya sebagai panduan anda? Dapatkan disini dan jadikan ia sebagai sumber rujukan anda agar anda membuat permohonan kerja dengan lebih baik seterusnya dipanggil untuk temuduga dan diterima bekerja.

close-image