Mudah, Amalkan 3 Cara Ini Untuk Anda Dapatkan Kerja Dengan Segera

337

Mudah, Amalkan 3 Cara Ini Untuk Anda Dapatkan Kerja Dengan Segera

Mendapatkan kerja dengan mudah merupakan satu cabaran besar masa kini. Sekiranya mendapat maklumbalas yang tidak diingini oleh majikan sememangnya ia amat mengecewakan.

Namun bagaimanakah caranya untuk meningkatkan peluang untuk mendapat kerja dengan mudah sepertimana orang lain?

Cara Mendapat Kerja Dengan Mudah

Ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan kerja untuk anda dengan mudah :

  • Memilih pekerjaan sebelum memohon
  • Baca maklumat pekerjaan dengan teliti
  • Mencari kerja dengan teratur

1. Memilih pekerjaan sebelum memohon

Pastikan anda memilih pekerjaan sebelum anda memohon. Sekiranya anda berjumpa dengan pekerjaan yang anda suka, tanyakan pada diri anda adakah anda layak dengan kerja tersebut dan apakah yang anda ingin lakukan.

Tingkatkan peluang anda mendapat pekerjaan dengan memohon sebanyak mungkin. Tetapi pastikan pekerjaan yang anda pohon sesuai dengan pengalaman anda.

Pohon setiap pekerjaan setelah semua maklumat yang ditetapkan dibaca dengan teliti. Pastikan anda menghantar resume yang baik dengan mengemaskini mengikut pekerjaan dan kemahiran anda yang terkini.

Mudah, Amalkan 3 Cara Ini Untuk Anda Dapatkan Kerja Dengan Segera

2. Baca maklumat pekerjaan dengan teliti

  • Kenal pasti apa yang menjadikan iklan pekerjaan ini menarik perhatian anda
  • Tentukan sama ada anda layak mengikut kemahiran dan kelayakan yang diperlukan
  • Teliti sebarang arahan mengenai cara memohon
  • Baca dengan teliti dan jawab sebarang pertanyaan
  • Periksa semula jawapan dan maklumat anda sebelum menghantar

Walaupun cara ini agak menggunakan banyak langkah, namun ia sangat berpotensi untuk anda mendapatkan pekerjaan tersebut.

3. Mencari kerja dengan teratur

Anda perlu mencari kerja dengan teratur, teliti dan berdisiplin. Ia sama seperti anda membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan atau menghadapi teumuduga. Anda perlu membuat persiapan dengan sebaik mungkin sebelum memohon pekerjaan. Bahagikan masa dengan sebaiknya dan lakukan satu persatu.

Contohnya anda daftar ke dalam akaun Jobs Malaysia yang bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di mana merupakan agensi yang menguruskan pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang sesuai dengan mereka.

Anda boleh menyimpan maklumat diri anda dan membaca dengan teliti maklumat pekerjaan. Anda boleh mengenalpasti kelayakan serta dapat meniliti status permohonan anda. kemudian anda boleh mengemaskini maklumat anda sekiranya perlu.

Malah,anda juga akan mendapat mesej melalui telefon dan emel bahawa anda dipanggil untuk peperiksaan dan temuduga serta memo program kerja yang ditawarkan.

Urus Masa Semasa Mengisi Permohonan

Untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan dengan mudah juga memerlukan anda untuk menyiapkan resume dengan cara yang terbaik.

Isikan semua maklumat yang diperlukan ke dalam resume anda. Anda juga boleh mengisi resume anda menggunakan template daripada Google Docs. Anda boleh menjimatkan masa anda dengan mengisi template yang sedia ada.

Kemudian semak dan teliti semula permohonan anda sebelum menghantar. Lengkapkan permohonan mengikut arahan yang ditetapkan.

Hantar permohonan anda mengikut tarikh yang diberikan di dalam syarat.

Nota : Tujuan ini adalah untuk memudahkan bakal majikan mengatakan “ya” pada permohonan anda. Dengan mempraktikkan cara ini, anda dapat meningkatkan peluang untuk ke langkah yang seterusnya.

Mudah, Amalkan 3 Cara Ini Untuk Anda Dapatkan Kerja Dengan Segera

Metodologi

Metodologi membawa maksud sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu.

Tindak balas positif adalah tindak balas daripada majikan yang menunjukkan minat terhadap calon. Jadi sebagai pemohon, anda perlu bersedia dengan tawaran pekerjaan dan persediaan diri anda sendiri.

Sentiasa “menjual diri’ anda dengan menghantar resume dan surat permohonan mengikut pekerjaan yang sesuai dengan anda.

Gunakan 3 cara ini sekiranya anda ingin meningkatkan peluang untuk mendapatkan kerja dengan mudah. Lakukan persediaan dan uruskan masa dengan betul dan semoga anda berjaya mendapat pekerjaan secepat mungkin.

Ingin dapatkan kerja dengan mudah berdasarkan kacamata seorang majikan? Dapatkan tipsnya disini.

Semoga berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image