Info Kerjaya Malaysia

25 Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29

5,924

Temuduga Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29

Tahniah kerana nama anda tersenarai dalam temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29. Untuk pengetahuan anda, jawatan ini berada dalam kumpulan Pelaksana bagi Kementerian Belia dan Sukan.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29

  • Gaji minimum : RM1,362.00
  • Gaji maksimum : RM5,092.00
  • Kenaikan gaji tahunan : RM145.00

Deskrepsi Tugas Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29

Berikut adalah deskrepsi tugas sebagai Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 :

  • Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan program/projek belia dan sukan termasuk kerja-kerja menyelaras kegiatan-kegiatan berkenaan, memberi nasihat, bimbingan, kursus-kursus, membuat kajian keperluan sukan dan jenis-jenis sukan, merancang dan juga melaksanakan program pelajaran tata negara di peringkat daerah, negeri dan persekutuan.

Contoh Soalan Temuduga

Antara contoh soalan temuduga yang selalu ditanya ialah :

  1. Siapakah nama anda dan sebutkan nama panggilan serta nombor kad pengenalan anda?
  2. Terangkan kepada saya salah satu tugas Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29?
  3. Senaraikan program yang anda akan usulkan untuk masa yang akan datang?
  4. Sebutkan nama Menteri Kementerian Belia dan Sukan sekarang.
  5. Adakah anda seorang yang aktif dalam sukan dan pertubuhan belia?
  6. Sebutkan salah satu program belia yang memberi manfaat kepada belia Malaysia.
  7. Siapakah Yang Dipertuan Agong sekarang dan sebutkan nama YDPA dengan betul.
  8. Siapakah Pengarah Kementerian Belia dan Sukan sekarang?
  9. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke mana-mana institusi belia di Sabah atau Sarawak?
  10. Apakah isu terkini yang berkaitan dengan belia? Terangkan.
  11. Terdapat pelbagai insentif kerajaan Malaysia kepada belia negara. Nyatakan salah satu insentif tersebut.
  12. Dimanakah terletaknya ibu pejabat Kementerian Belia dan Sukan?
  13. Apakah yang anda faham dengan program Felo Perdana dan bilakah ianya dimulakan?
  14. Siapakah Ketua Setiausaha Negara yang sekarang?
  15. Jika anda menjadi Menteri Belia dan Sukan, apakah penambahbaikan yang akan anda lakukan?
  16. Adakah Sukan Rakyat masih lagi relevan masa kini? Kenapa?
  17. Apakah perkembangan Industri Gaming dan E-Sport di Malaysia?
  18. Bagaimanakah untuk menggalakkan belia negara untuk menjadi usahawan?
  19. Apakah misi dan visi Kementerian Belia dan Sukan?
  20. Sebutkan 2 daripada 4 objektif Kementerian Belia dan Sukan.
  21. Adakah Institusi Kemahiran Belia Negara termasuk dalam perkhidmatan Kementerian Belia dan Sukan?
  22. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Belia Negara?
  23. Apakah tugas Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia?
  24. Senaraikan 2 program Majlis Sukan Negara yang membantu kepada pembangunan sukan negara.
  25. Adakah Sukan Para termasuk dalam acara yang dikendalikan oleh MSN? Nyatakan kenapa.

Mengapa Gagal Temuduga?

Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab calon gagal dalam temuduga terutamanya temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah :

  1. Tiada persediaan.
  2. Tidur tidak mencukupi.
  3. Penampilan yang tidak kemas.
  4. Tidak menjawab soalan yang diberikan.
  5. Hadir lewat ketika sesi temuduga.
  6. Gugup dan tiada keyakinan.
  7. Tidak beri resume dan tidak menyediakan resume mengikut spesifik kerja.
  8. Tidak membawa sijil penting.

Berdasarkan sebab-sebab diatas, ramai calon tidak lulus temuduga berdasarkan penilaian daripada panel temuduga. Oleh itu, anda perlu memperbaiki diri dan membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi temuduga anda.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.


close-image