Info Kerjaya Malaysia

Dapatkan 20 Contoh Soalan Temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11 Disini

6,112

Temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11

Sekarang ini, permohonan sebagai Pemandu Kenderaan Gred H11 juga perlu dimohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan melalui tapisan secara peperiksaan online. Setelah lulus peperiksaan online, anda akan dipanggil temuduga. Jika anda dipanggil temuduga, anda boleh buat persediaan dengan jadikan contoh soalan ini sebagai panduan untuk temuduga nanti.

Info Ringkas Pemandu Kenderaan Gred H11

Jawatan ini berada dalam kumpulan Pelaksana di pelbagai Kementerian atau Jabatan.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,218.00
  • Gaji Maksimum : RM2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Dapatkan 20 Contoh Soalan Temuduga Pemandu Kenderaan Gred H11 Disini

20 Contoh Soalan Pemandu Kenderaan Gred H11

Berikut adalah beberapa contoh soalan bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 :

  1. Kenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Apakah tanggungjawab anda sebagai Pemandu kenderaan?
  3. Nyatakan jenis-jenis kenderaan yang perlu dipandu?
  4. Bagaimanakah caranya anda membuat pemeriksaan pada sesebuah kenderaan? Berikan contoh kepada saya.
  5. Mengapakah anda perlu membuat laporan pada buku log kenderaan?
  6. Apakah tugas lain yang perlu anda lakukan sebagai pemandu kenderaan?
  7. Bagaimanakah caranya anda bekerja dengan penyelia yang lebih muda daripada anda?
  8. Berapa tahun lamakah pengalaman memandu anda?
  9. Bagaimanakah anda mengendalikan kerosakan pada kereta seperti menukar tayar kenderaan?
  10. Adakah anda akan membantu mangsa kemalangan sekiranya berlaku kemalangan dihadapan anda.
  11. Apakah jenis kenderaan yang pernah anda pandu selain daripada kereta?
  12. Mengapa anda memohon pekerjaan ini?
  13. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan?
  14. Apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum memandu kenderaan?
  15. Bagaimana untuk mengenal pasti keadaan tayar kereta yang sudah haus?
  16. Adakah anda berminat untuk memandu teksi atau kenderaan e-hailing?
  17. Siapakah Menteri Pengangkutan sekarang?
  18. Siapakah Perdana Menteri dan Yang Di Pertuan Agong sekarang?
  19. Apakah isu terkini yang berlaku di dalam negara?
  20. Adakah anda mempunyai kelayakan khas sebagai pemandu kenderaan?

Tips Temuduga

Untuk menghadapi temuduga bagi jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11, anda perlu :

  • Membuat persediaan seperti membaca isu terkini negara.
  • Menghafal senarai Menteri Kabinet.
  • Mengetahui serba sedikit mengenai perkara berkaitan kenderaan.
  • Sediakan sijil yang diperlukan dengan betul.
  • Membuat persediaan pakaian
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Buat pendaftaran dengan urusetia temuduga.
  • Masuk dengan tertib ke bilik temuduga.
  • Jawab dengan yakin dan senyum.
  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Berjabat tangan dengan penemuduga.

Lega setelah selesai temuduga. Anda boleh jadikan soalan ini sebagai panduan untuk menghadapi temuduga dan boleh membuat latihan untuk menjawab contoh soalan ini.

close-image