Info Kerjaya Malaysia

16 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N1 SPP & Tips Temuduga

9,852

Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19 SPP

Tiba-tiba anda mendapat emel daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan menyatakan bahawa anda berjaya untuk ditemuduga bagi jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19. Tahniah! Mesti seronokkan sebab anda telah berjaya melangkah ke stage yang seterusnya.

Apakah contoh-contoh soalan yang akan disoal ketika temuduga nanti? Ada tips tak untuk temuduga nanti? Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan beberapa contoh soalan beserta tips ketika menghadapi temuduga.

16 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N1 SPP & Tips Temuduga

Info Jawatan Pembantu Pengurusan Murid N19 SPP

Jawatan Pembantu Pengurursan Murid N19 berada dalam kumpulan perkhidmatan Pelaksana dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,352.00
  • Gaji Maksimum : RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskrepsi Tugas

Pengurusan Prasekolah

  • Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
  • Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktivtii bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah
  • Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid prasekolah.

Pengurusan Murid Di Asrama

  • Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid peringkat sekolah rendah dari semua aspek pengurusan diri di asrama.
  • Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/muridmurid peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelalakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/kawasan sekitar.
  • Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.
  • Mengawasi keselamatan murid.
  • Menjadi perantara dengan ibu/bapa murid.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N19

Terdapat beberapa contoh soalan yang akan ditanya oleh penemuduga seperti :

  1. Ceritakan sedikit latar belakang anda, pengalaman kerja dan apa yang anda lakukan sekarang?
  2. Ceritakan semua apa yang anda ingin ceritakan kepada kami.
  3. Apakah tugas Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah?
  4. Kenapa anda memilih untuk berpakaian sedemikian? (Pakaian anda ketika temuduga)
  5. Mengapa anda memilih jawatan Pembantu Pengurusan Murid dan berikan sebab kami perlu memilih anda untuk memegang jawatan ini?
  6. Apakah pilihan raya yang dijalankan baru-baru ini?
  7. Mengapakah kerajaan kalah pada pilihan raya tersebut?
  8. Sekiranya guru tidak hadir di dalam kelas, apakah yang harus dilakukan oleh Pembantu Pengurusan Murid?
  9. Siapakah Menteri Pendidikan terkini?
  10. Siapakah Pengarah Pendidikan Negeri anda sekarang?
  11. Bagaimanakah mengajar murid-murid desa?
  12. Berikan cara-cara kebersihan diri murid-murid.
  13. Apakah tindakan anda sekiranya murid dibawah pengawasan anda diserang sawan?
  14. Sekiranya anda diterima bekerja dalam sektor kerajaan, boleh atau tidak kakitangan kerajaan post status di media sosial? Kalau boleh nyatakan sebab? Kalau tidak boleh berikan sebab anda mengapa tidak boleh?
  15. Pernahkah anda terlibat dalam aktiviti NGO selain di sekolah/universiti atau di tempat kerja?
  16. Sekiranya anda dipilih, adakah anda sanggup untuk ditempatkan di kawasan pedalaman?

Sebelum Temuduga

Sebelum anda hadir temuduga, pastikan :

  • Lengkapkan sijil serta dokumen yang perlu dibawa ketika temuduga.
  • Buat persediaan diri, latihan dan pakaian untuk temuduga.
  • Jangan lupa study ya.
  • Memakai pakaian yang kemas dan bersih.
  • Hadir awal 30 minit sebelum temuduga.
  • Daftar diri kepada urusetia temuduga terlebih dahulu.

Semasa Temuduga

  • Masuk ke bilik temuduga dengan tertib.
  • Jawab soalan dengan yakin dan tidak gugup.
  • Dengar dengan teliti dan fokus pada soalan yang diajukan.
  • Senyum sepanjang temuduga dijalankan.
  • Ucapkan terima kasih setelah tamat temuduga.
  • Keluar dengan sopan dan tutup pintu bilik temuduga dengan perlahan.

Apa Yang Perlu Dibaca?

Secara ringkasnya, anda perlu baca beberapa pengetahuan am serta dasar-dasar Pendidikan seperti :

  • Pengetahuan am seperti Rukun Negara, sejarah negara, nama-nama Perdana Menteri Malaysia.
  • Nama-nama barisan kabinet terkini.
  • Nama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan negeri. (gelaran sehinggalah nama penuhnya).
  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Sistem Pendidikan Malaysia.
  • Isu semasa : global warming, isu politik terkini & sebagainya.

16 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pengurusan Murid N1 SPP & Tips Temuduga

Semoga anda berjaya dalam temuduga anda dan lakukan yang terbaik ketika temuduga nanti. Semoga berjaya.

close-image