Info Kerjaya Malaysia

15 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19 Dan Panduan Lulus Temuduga

2,973

Temuduga Pembantu Laut Gred A19

Jika anda telah berjaya dalam peperiksaan memasuki perkhidmatan awam yang telah diadakan baru-baru ini, tahniah kerana nama anda tersenarai dalam temuduga yang akan datang. Untuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi temuduga, anda boleh dapatkan tips yang dikongsikan disini beserta contoh soalan temuduga agar anda lulus cemerlang dalam temuduga yanag akan datang. Sebelum itu,dapatkan serba sedikit info ringkas mengenai jawatan Pembantu Laut Gred A19. 15 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19 Dan Panduan Lulus Temuduga

Info Ringkas Jawatan Pembantu Laut Gred A19

Jawatan Pembantu Laut Gred A19 ini berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di Jabatan Laut Semenanjung/Sabah/Sarawak.

Maklumat Gaji

  • Gaji Minimum : RM1,362.00
  • Gaji Maksimum : RM4,034.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Deskripsi Tugas

Aspek Kewangan dan Personel

  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan.
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan.
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat.
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor.
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

Aspek Industri (Perkapalan)

  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot.
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin.
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun.
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

Aspek Keselamatan Pelayaran

  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids ToNavigation And Lighthouse Authority (IALA).
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin.
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj.
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut.
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;.
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan.
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan.
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik.
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan.
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga

Inginkan sedikit tips untuk menghadapi temuduga? Baca perkongsian ini untuk dapatkan tips serta panduan untuk temuduga anda. Sebelum

  • Dapatkan maklumat : Sebagai calon temuduga dan inginkan keputusan yang terbaik, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Juga dapatkan latar belakang jabatan yang berkaitan.
  • Ulangkaji : Buat ulangkaji maklumat yang telah anda perolehi dan buat latihan temuduga sekerap mungkin untuk meningkatkan keyakinan anda.
  • Persiapan sijil dan dokumen : Siapkan sijil dan dokumen yang diperlukan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPA. Check sini untuk dapatkan panduan persiapan sijil dan dokumen yang diperlukan.
  • Hadir awal : Hadir awal 30 minit sebelum waktu temuduga yang ditetapkan.

Semasa

  • Pastikan anda memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas serta mengikut kod etika berpakaian yang betul.
  • Ketuk pintu dengan sopan dan tunggu sehingga anda dipanggil masuk oleh penemuduga.
  • Lemparkan senyuman buat panel penemuduga dan ucapkan salam. Jabat tangan jika perlu.
  • Duduk dengan sopan. Tarik kerusi dengan perlahan.
  • Pastikan ada ‘eye contact’ dan bahasa badan yang betul dengan panel penemuduga.
  • Jawab soalan dengan yakin tetapi jangan terlalu ‘over confident’.
  • Ajukan soalan sekiranya penemuduga bertanyakan, ‘Ada apa-apa soalan?’

Selepas

  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
  • Jabat tangan jika perlu dan senyum.
  • Tarik kerusi dengan perlahan.
  • Tutup pintu dengan perlahan.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pembantu Laut Gred A19

Antara contoh soalan yang akan ditanya ialah :

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk menjawat jawatan Pembantu Laut Gred A19 ini?
  3. Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor awam berbanding sektor swasta?
  4. Apakah tugas-tugas anda sekiranya anda menjawat jawatan Pembantu Laut Gred A1?
  5. Apakah sumbangan anda sekiranya anda diterima untuk menjawat jawatan ini?
  6. Apakah misi dan visi serta objektif Jabatan Laut?
  7. Siapakah Pengarah terkini Jabatan Laut Malaysia?
  8. Adakah anda bersetuju sekiranya dihantar ke Sabah Sarawak atau negeri yang jauh daripada tempat anda sekarang?
  9. Nyatakan nama Perdana Menteri dan Timbalannya serta beberapa senarai kabinet yang anda tahu.
  10. Apakah isu semasa yang berlaku dalam negara kini?
  11. Berikan 2 Akta-Akta Dan Undang-Undang Di Bawah Kawalan Jabatan Laut Malaysia.
  12. Apakah itu Akta A1393 dan kepentingannya?
  13. Apakah itu Akta Laut Wilayah 2012?
  14. Apakah Kaedah-Kaedah Perkapalan Saudagar (Pemeriksaan Perubatan) 1991)?
  15. Apakah itu International Conventions dan kaitannya dengan Jabatan Laut Malaysia?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.    


close-image