Info Kerjaya Malaysia

Dapatkan 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 Ini Untuk Rujukan Anda

667

Temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41

Nama anda tersenarai untuk hadir temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41? Tahniah diucapkan kepada anda dan anda boleh membuat persediaan untuk menghadapi temuduga mulai sekarang. Apa yang perlu anda lakukan? Anda boleh membuat beberapa persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mendapatkan maklumat serta membuat latihan temuduga dengan menyiapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

 Info ringkas Jawatan Pegawai Geosains (Galian) Gred C41

Untuk makluman anda, Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 ini berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan kebiasannya akan ditempatkan di Kementerian atau Jabatan Perkhidmatan Sains. Gaji Pegawai Geosains (Galian) Gred C41

  • Gaji Minimum : RM2,317.00
  • Gaji Maksimum : RM9,620.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Dapatkan 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 Ini Untuk Rujukan Anda Tugasan Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 akan mengendalikan siasatan pelbagai bidang geosains seperti :

  • Pemetaan geologi
  • Sumber air bawah tanah
  • Geologi kejuruteraan
  • Bencana geologi
  • Geologi alam sekitar
  • Geologi marin
  • Geofizik
  • Bidang-bidang geosains lain secara sistematik.

Contoh Soalan Temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41

Soalan apa yang akan keluar ketika temuduga nanti? Anda boleh jadikan soalan yang dikongsikan ini sebagai rujukan persediaan temuduga dan soalan-soalannya adalah seperti berikut :

  1. Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk menjawat jawatan ini?
  3. Mengapa anda memilih untuk bekerja dalam sektor awam berbanding sektor swasta?
  4. Apakah tugas-tugas anda sekiranya anda menjawat jawatan ini?
  5. Apakah sumbangan anda sekiranya anda diterima untuk menjawat jawatan ini?
  6. Apakah misi dan visi serta objektif Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia?
  7. Siapakah Pengarah terkini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia?
  8. Berapa bahagiankah geologi di Semenanjung Malaysia?
  9. Bagaimanakah usia batuan ditentukan?
  10. Geologi Sarawak terbahagi kepada berapa wilayah?
  11. Dimanakah batuan tertua Sabah ditemui?
  12. Nyatakan nama Menteri untuk jabatan ini.
  13. Apakah isu semasa yang berlaku dalam negara kini?
  14. Adakah anda bersetuju sekiranya dihantar ke Sabah Sarawak atau negeri yang jauh daripada tempat anda sekarang?
  15. Nyatakan nama Perdana Menteri dan Timbalannya serta beberapa senarai kabinet yang anda tahu.

Dapatkan 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Geosains (Galian) Gred C41 Ini Untuk Rujukan Anda

Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Temuduga

Inginkan sedikit tips untuk menghadapi temuduga? Baca perkongsian ini untuk dapatkan tips serta panduan untuk temuduga anda. Sebelum

  • Dapatkan maklumat : Sebagai calon temuduga dan inginkan keputusan yang terbaik, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Juga dapatkan latar belakang jabatan yang berkaitan.
  • Ulangkaji : Buat ulangkaji maklumat yang telah anda perolehi dan buat latihan temuduga sekerap mungkin untuk meningkatkan keyakinan anda.
  • Persiapan sijil dan dokumen : Siapkan sijil dan dokumen yang diperlukan seperti mana yang ditetapkan oleh pihak SPA. Check sini untuk dapatkan panduan persiapan sijil dan dokumen yang diperlukan.
  • Hadir awal : Hadir awal 30 minit sebelum waktu temuduga yang ditetapkan.

Semasa

  • Pastikan anda memakai pakaian yang sopan, bersih dan kemas serta mengikut kod etika berpakaian yang betul.
  • Ketuk pintu dengan sopan dan tunggu sehingga anda dipanggil masuk oleh penemuduga.
  • Lemparkan senyuman buat panel penemuduga dan ucapkan salam. Jabat tangan jika perlu.
  • Duduk dengan sopan. Tarik kerusi dengan perlahan.
  • Pastikan ada ‘eye contact’ dan bahasa badan yang betul dengan panel penemuduga.
  • Jawab soalan dengan yakin tetapi jangan terlalu ‘over confident’.
  • Ajukan soalan sekiranya penemuduga bertanyakan, ‘Ada apa-apa soalan?’

Selepas

  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
  • Jabat tangan jika perlu dan senyum.
  • Tarik kerusi dengan perlahan.
  • Tutup pintu dengan perlahan.

Jadikan perkongsian ini sebagai satu panduan yang berguna buat anda dan amalkan tips yang dikongsikan ini agar anda berjaya dalam temuduga anda nanti.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.


close-image