Info Kerjaya Malaysia

Graduan Melayu, Ini 11 Nasihat Terbaik Untuk Anda

2,793

Nasihat Terbaik Buat Graduan Melayu

Nasihat ini tidak berbaur rasis ya. Tetapi nasihat ini merupakan luahan seorang majikan bumiputera yang telah membuat analisis berdasarkan penilaian beliau berhadapan dengan graduan Melayu terutamanya. Nasihat ini ditujukan buat pencari kerja dan juga kepada mereka yang telah bekerja supaya tidak lalai dan bersyukur kerana dikurniakan pekerjaan.

Sebelum perkongsian ini diteruskan kepada nasihat-nasihat beliau yang agak “makan dalam” ini, kita lihat secara ringkas cara untuk menghasilkan resume dengan baik sebelum dihantar kepada bakal majikan anda.

Untuk menghasilkan resume dengan baik, apa yang anda perlu lakukan ialah :

  • Membuat resume mengikut format yang betul
  • Membuat resume dengan menggunakan template yang disediakan oleh Microsoft Word, Excell atau Powerpoint dan save dalam bentuk PDF.
  • Masukkan maklumat yang penting dan bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.
  • Spesifikkan resume tersebut dengan jawatan dipohon.
  • Jadikan ia ringkas tetapi padat dengan maklumat

Untuk menghasilkan resume yang terbaik dengan lebih lengkap, ikuti sahaja panduan menyediakan resume dengan betul dan terbaik disini.

Graduan Melayu, Ini 11 Nasihat Terbaik Untuk Anda

11 Nasihat Terbaik Buat Graduan

  1. Anda dinasihatkan untuk bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan ditempat kerja sekarang. Bukan semua graduan mendapat peluang untuk bekerja dan mendapat pengalaman. Jangan bekerja 2,3 bulan kemudian berhenti. Ini kerana pengalaman ini boleh dimasukkan ke dalam resume anda. Majikan suka dengan graduan yang mempunyai pengalaman bekerja dalam tempoh 6 bulan ke atas tau.
  2. Berhenti dengan cara yang elok dan sopan. Semasa anda mohon kerja, anda mohon dengan baik dan sopan. Jadi, jika anda mendapat pekerjaan yang baru, berhentilah dengan cara yang sama. Jadilah seorang pekerja yang bersikap profesional. Mana tahu, pada masa akan datang anda mohon kerja di tempat yang sama pula.
  3. Sekiranya anda diterima kerja sebagai seorang kerani logistik dipejabat, tidak bermakna anda hanya membuat kerja kerani sahaja. Sebaiknya rajinkan diri untuk membuat tugasan lain yang diminta oleh majikan anda. Inilah peluang untuk mencipta kemahiran baru. Jika tidak tahu, sila bertanya kepada orang lain yang lebih berpengalaman.
  4. Jangan lepaskan segala kemarahan kepada rakan sekerja anda dan juga ke Facebook anda. Bayangkan jika majikan rakan Facebook dan membaca luahan anda. Apa anggapannya terhadap anda? Anda juga dinasihatkan supaya tidak menghasut rakan sekerja yang lain untuk membenci majikan sekiranya anda dimarahi beliau. Perbaiki kesilapan anda dan ingat, jangan lakukan lagi kesalahan yang sama.
  5. Siapkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh majikan tanpa banyak alasan. Jika tidak tahu atau tidak faham, tanyakan kepada orang lain atau minta bantuan mereka. Jangan pertikaikan mengapa tugasan yang diberikan susah atau sebagainya. Rungutan anda mampu menjadikan tugasan yang diberikan siap sekelip mata.
  6. Jangan sibuk nak cari kerja yang sesuai dengan bidang yang dipelajari sahaja. Kerja sahaja dengan apa jua jawatan yang ditawarkan kepada anda. Disinilah peluang untuk anda menimba pengalaman dan boleh dimasukkan ke dalam resume anda. Sambil-sambil bekerja, boleh sahaja anda mohon jawatan yang lain.
  7. Anda juga diingatkan supaya tidak berlagak seolah-olah menjadi jutawan apabila mendapat gaji, Bercita-cita menjadi jutawan itu tidak salah. Tetapi gunakan duit gaji anda dengan betul. Jangan membazir dan sentiasa berjimat cermat untuk masa hadapan anda.
  8. Walaupun anda telah bekerja dalam tempoh yang lama di syarikat tersebut, jangan jadikan syarikat tersebut sebagai keluarga anda yang punya. Ada sebilangan daripada pekerja yang menjemput rakan serta ahli keluarga ke pejabat tanpa mengira masa untuk perkara yang tidak penting. Ingat, hormati privasi kerja dan syarikat anda.
  9. Mungkin majikan atau staf yang telah lama bekerja di syarikat tersebut tidak mempunyai Diploma atau Ijazah seperti ana. Tetapi hormatilah mereka atas pengalaman serta amalan profesional anda sebagai seorang pekerja.
  10. Paksa diri anda untuk suka dengan pekerjaan anda sekarang. Sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Zaman belajar tidak sama dengan suasana pekerjaan.
  11. Nikmati alam pekerjaan dengan penuh keseronokan. Abaikan hal-hal negatif yang ada disekeliling anda. Kalau baru sebulan dua bekerja, buat tugasan masih terkial-kial, jangan sibuk minta gaji dinaikkan atau minta cuti melebihi kuota yang ditetapkan. Sabar.

Graduan Melayu, Ini 11 Nasihat Terbaik Untuk Anda

Inilah 11 nasihat terbaik buat graduan Melayu supaya anda tidak lalai dan membuat perubahan demi masa hadapan anda yang lebih terjamin.

Anda penerima Anugerah Dekan? Ini caranya untuk memasukkan Anugerah Dekan ke dalam resume anda dengan betul.

close-image