Info Kerjaya Malaysia

10 Soalan Femes Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan Serta Cara Menjawabnya

12,367

Soalan Femes Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan

Temuduga pun ada soalan femes juga ya. Soalan-soalan ini walaupun nampak mudah tetapi boleh goyah juga keyakinan calon bila hendak dihuraikan. Manakan tidak, calon hafal jawapan yang susah, tetapi yang lain pula keluar. Sabar, sesi temuduga anda panjang lagi tau.

Nak tahu tak apakah soalan-soalan yang femes tu? Jom tengok sini, baca sampai habis dan hafal jawapannya.

10 Soalan Femes Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan Disini Serta Cara Menjawabnya

Contoh Soalan Femes Dalam Temuduga Kerajaan

Soalan ini memang femes dalam setiap temuduga kerajaan. Antara soalan tersebut ialah :

1. Sila perkenalkan diri anda 

Untuk soalan ini, anda hanya sebutkan :

  • Nama penuh
  • Nama penggilan
  • Umur
  • Asal
  • Perihal keluarga secara ringkas (Nama ibu ayah, bilangan adik beradik)
  • Hobi dan kegemaran
  • Kelebihan anda

2. Senaraikan deskripsi tugas bagi jawatan ini

Anda hanya perlu senaraikan deskripsi tugas bagi jawatan yang anda pohon beserta :

  • Kumpulan jawatan (Pelaksana/Sokongan)
  • Gaji yang ditawarkan
  • Senarai tugasan bagi jawatan tersebut

Anda boleh dapatkan senarai tugas beserta maklumat lain dibahagian maklumat jawatan yang diiklankan sahaja.

3. Anda mempunyai ijazah, mengapa anda memohon jawatan bagi diploma?

Ini memang sering ditanya apabila penemuduga melihat fail sijil akademik anda. Anda tidak perlu panik. Nayatakan sahaja perkaitan bidang yang sesuai dengan jawatan yang dipohon dan nyatakan minat anda yang mendalam dengan pekerjaan tersebut.

4. Adakah anda sanggup sekiranya ditempatkan jauh daripada tempat tinggal sekarang atau ke Sabah Sarawak?

Sanggup tak dihantar bekerja jauh daripada ibu ayah dan kampung halaman anda? Pastinya semua calon akan menjawab ya. Jangan menjawab ya sahaja. Sebaliknya anda perlu sertakan sebab mengapa dan kenapa anda sanggup ditempatkan ke tempat lain yang jauh daripada keluarga anda.

5. Siapakah Perdana Menteri terkini dan Yang Di Pertuan Agong (YDPA) sekarang?

Penting untuk anda ketahui nama penuh Perdana Menteri, YDPA serta senarai terkini kabinet negara. Ini menunjukkan anda mengambil tahu tentang perkembangan pentadbiran negara terkini serta Menteri bagi Jabatan/Kementerian bakal anda bekerja nanti.

6. Apakah isu-isu panas dan terkini yang berlaku di Malaysia?

Bagaimana untuk menjawab soalan ini? Pentingnya disini untuk anda membaca surat khabar sama ada secara online atau menonton berita dan mengambil tahu isu terkini yang berlaku di dalam negara. Seeloknya elakkan untuk menceritakan tentang keadaan politik yang sedang berlaku walaupun ianya merupakan isu terkini yang panas dan menarik ketika itu.

7. Apakah dasar-dasar Kerajaan (berkaitan jawatan)?

Anda perlu dapatkan maklumat daripada buku atau rujukan yang berkaitan kerana ia melibatkan fakta yang sahih. Jadi, anda perlu membuat persediaan dengan secukupnya kerana soalan mengenai dasar-dasar kerajaan pasti muncul untuk jawatan tertentu.

8. Apakah misi dan visi Jabatan / Kementerian ini?

Dapatkan maklumat berkaitan misi dan visi Jabatan/Kementerian yang akan anda hadir temuduga. Pastikan anda tahu ya Jabatan/Kementerian tersebut. Kemudian anda boleh dapatkan semua jawapan yang berkaitan di portal rasmi setiap Jabatan/Kementerian tersebut.

9. Mengapakah kami perlu mengambil anda untuk mengisi jawatan ini?

Untuk menjawab soalan ini, anda perlu ceritakan mengenai kelebihan dan kemahiran anda yang sesuai dan sepadan dengan jawatan yang dipohon. Pastikan anda tidak cerita sampai melebih-lebih dan panjang lebar pula. Fokus dan ringkaskan supaya menarik perhatian penemuduga.

Mengapa mahukan pekerjaan ini? Rujuk sini untuk dapatkan jawapan yang berkaitan.

10. Mengapa anda memilih untuk bekerja dengan Kerajaan dan tidak dengan Swasta?

Macam perangkap pula soalan ini ya. Jangan risau, tiru sahaja jawapan ini.

” Saya ingin berbakti dengan seluruh kemahiran dan kebolehan yang ada pada saya serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk kerajaan dan rakyat amnya”

“Bekerja dengan kerajaan serta untuk jawatan ini adalah minat dan cita-cita saya sejak zaman sekolah dan mendapat sokongan daripada seluruh keluarga. Besar hati sekiranya saya dapat menjawat jawatan ini.”

“Saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih luas sekiranya bekerja dalam sektor awam serta bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang cemerlang, cekap dan berilmu tinggi.”

Apakah cara terbaik untuk jawab soalan mengenai perkenalkan diri semasa temuduga anda? Dapatkan cara terbaik untuk menjawab soalan tersebut disini.

10 Soalan Femes Yang Selalu Ditanya Dalam Temuduga Kerajaan Disini Serta Cara Menjawabnya

Cukup dahulu dikongsikan 10 soalan femes dalam temduga kerajaan beserta cara menjawabnya. Semoga anda berjaya dalam temuduga dan selamat bekerja.

close-image