Info Kerjaya Malaysia

Percayalah,10 Skill Ini Dalam Resume Buatkan Majikan Teruja Dengan Anda. Esok Lapor Kerja Ya

28,080

10 Skill Dalam Resume

Anda ada pelbagai skill yang unik dan menarik dan belum masukkan ke dalam resume? Jangan lupa masukkan ke dalam resume anda kerana skill yang jarang-jarang ada pada semua calon boleh buatkan bakal majikan teruja dan tawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Ini menunjukkan anda mempunyai pengalaman, berkemahiran serta boleh bekerja tanpa pengawasan yang tinggi.

Jangan lupa, pastikan anda tidak membuat kesilapan kecil dalam resume yang membuatkan resume anda ditongsampahkan oleh majikan seperti artikel ini.

Adakah anda ingin tahu apakah 9 skill tersebut yang boleh dimasukkan ke dalam resume anda?

Percayalah,10 Skill Ini Dalam Resume Buatkan Majikan Teruja Dengan Anda. Esok Lapor Kerja Ya

10 Skill Dalam Resume

Antara 10 skill menjadi perhatian majikan ialah :

1. Bahasa

Satu kelebihan bagi calon yang mahir berbahasa lebih daripada 1 bahasa. Jika anda mahir berbahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris, masukkan ke dalam resume anda. Tapi ingat, pastikan anda benar-benar menguasai bahasa tersebut ya. Risau pula nanti ketika temuduga, anda tidak tahu pula soalan yang dikemukakan dalam bahasa tersebut.

2. Pengurusan Produk

Bukan senang untuk menjadi seorang yang kreatif dan mendapatkan idea baru untuk menguruskan produk serta pelanggan baru. Malahan untuk meyakinkan pelanggan juga memerlukan skill tertentu dan tidak semua orang mempunyai skill memujuk pelanggan seperti anda. Jika anda mempunyai skill dalam bidang pengurusan produk, tahniah! Andalah pekerja yang sememangnya dicari oleh majikan.

3. WordPress

Berapa ramai calon yang pandai menggunakan WordPress? Walaupun jawatan yang dipohon merupakan seorang pembantu tadbir, tetapi sekiranya anda mempunyai kemahiran yang luas dalam bidang ini, ini adalah satu bonus untuk anda. Majikan tidak perlu menggajikan orang lain untuk menyiapkan laman web syarikat kerana anda boleh melakukan pekerjaan ini dan pastinya anda diberikan gaji yang setimpal dengan skill yang berharga ini.

4. Microsoft Excel

Tidak semua orang tahu cara menggunakan Microsoft Excel dengan sepenuhnya. Apakah itu spreadsheet, formula, format, table, cells, gridlines, kira-kira, buat carta dan membuat pembentangan menggunakan Microsoft Excel ini?Skill ini sangat sesuai untuk anda yang memohon pekerjaan di bidang kewangan kerana perlu memasukkan data dan menganalisa maklumat yang diberikan.

5. Public Speaking

Skill ini tidak ada pada semua orang ya. Ada calon yang mahir dalam skill yang lain tetapi tidak mempunyai kemahiran untuk bercakap di khalayak ramai.  Calon yang petah berbicara mempunyai peluang yang luas kerana boleh meyakinkan pelabur atau pelanggan terutamanya bagi anda yang memohon pekerjaan sebagai seorang pengurus jualan atau dibahagian jualan sesebuah syarikat.

Bagi calon sektor awam, jika anda memohon pekerjaan sebagai Pegawai PTD atau Khidmat Pelanggan serta jawatan yang berkaitan, kemahiran ini sangat penting untuk anda dan gilap dari sekarang sekiranya anda kurang mahir.

6. Web Development

Ini merupakan satu kelebihan buat anda sekiranya anda mempunyai kemahiran asas dalam pembangunan laman web. Zaman kini adalah zaman teknologi dimana blog dan laman web menjadi pilihan pengguna. Cukup dengan mengetahui beberapa topik asas seperti HTML, CSS dan JavaScript sudah cukup menjadikan anda unik berbanding calon yang lain.

7. Search-Engine Optimization (SEO)

Anda mahir dalam bidang pengoptimuman enjin carian Search Engine Optimization (SEO)? Jadikan skill ini satu kelebihan buat anda dan sangat berguna kepada majikan yang membangunkan perniagaan atau perkhidmatan yang berkaitan dengan laman web, blog dan perniagaan berkaitan teknologi terkini.

Buktikan kepada bakal majikan, tentang kebolehan anda untuk memberikan penulisan artikel yang mempunyai high-trafficking atau kempen yang menggunakan media sosial yang telah anda buat sebelum ini.

8. Google Analytic

Jika kemahiran SEO memberikan anda cara bagaimana untuk menaikkan lagi penulisan, juga kempen sesebuah syarikat anda, sudah pasti anda perlukan cara untuk merekod dan menganalisa keputusan tersebut.

Jadi, dengan adanya kemahiran google analytic, anda boleh mengetahui demografik laman web, serta banyak lagi informasi penting seperti berapa ramai yang melayari laman web atau yang membaca penulisan anda. Sudah pasti, kemahiran ini yang dicari oleh kebanyakan bakal majikan.

9. Adobe Photoshop

Mohon kerja sebagai pereka grafik? Mestilah anda pandai menggunakan software Adobe Photoshop untuk photo editing, mencipta logo, membuat banner, merekacipta kotak produk dan sebagainya. Adobe Photoshop juga semakin update dan pastikan anda tahu menggunakan perisian Adobe Photoshop terkini yang lebih menarik dan mempunyai pelbagai fungsi yang lebih menarik.

10. MultiTasking

Anda mahir dalam pelbagai bidang? Jika anda seorang yang multitasking, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Kebanyakan majikan sangat sukakan seorang pekerja yang multitasking ini kerana tidak perlu membazir masa dan wang untuk menggaji staf yang lain.

Percayalah,10 Skill Ini Dalam Resume Buatkan Majikan Teruja Dengan Anda. Esok Lapor Kerja Ya

Juga, check resume anda untuk lihat maklumat apakah yang perlu ada dalam resume dan menjadikan resume anda sangat bernilai.

Jika anda mempunyai kemahiran lain yang unik dan mampu menarik perhatian majikan untuk terus mengambil anda bekerja, masukkan sahaja ke dalam resume anda. Ini boleh menarik perhatian majikan seterusnya menawarkan jawatan tersebut kepada anda.

close-image