Info Kerjaya Malaysia

Ini 10 Body Language Yang Sesuai Anda Tonjolkan Ketika Interview. Rujuk Sini Dan Amalkan Ketika Temuduga Anda Nanti

1,753

Body Language Yang Sesuai

Tidak ramai yang tahu bahawa anda perlu menggunakan body language yang sesuai ketika temuduga dan tidak hanya terikat dengan perbualan lisan sahaja. Penemuduga pastinya akan melihat sama ada body language anda sepadan atau tidak dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anda ketika menjawab soalan.

10 Body Languange Yang Sesuai Ketika Interview

Dikongsikan disini 10 tips body language yang boleh anda praktikkan ketika sesi temuduga seperti :

1. Fokus

Tubuh badan yang betul ketika fokus dengan sesuatu perkara pastinya dapat dilihat oleh semua orang dimana penemuduga dapat melihat penghayatan anda ketika sesi temuduga dijalankan. Bagaimanakah caranya untuk fokus sesi temuduga ini? Sudah pasti dengan cara duduk dan anda sendiri selesa dengan disepanjang temuduga dijalankan.

2. Jadi Cermin

Teknik ini ialah MATCHING AND MIRRORING dimana ia sangat berguna diaplikasikan ketika temuduga dan memudahkan anda berkomunikasi dengan penemuduga. Penemuduga rasa anda sangat dekat dengan anda dan jangan keterlaluan ketika meniru perbuatan mereka pula.

Ini 10 Body Language Yang Sesuai Anda Tonjolkan Ketika Interview. Rujuk Sini Dan Amalkan Ketika Temuduga Anda Nanti

3. Senyum Dan Beradab

Baru masuk perkarangan pejabat, anda sudah senyum dan menegur setiap orang yang berada di sekitar syarikat tersebut dengan sopan. Malah, anda siap tunduk atau anggukkan kepala tanda hormat kepada mereka.

4. Limitkan Pergerakan

Kalau tak garu-garu muka, pegang hidung, pegang kepala, gigit kuku dan buat muka comel memang tak boleh jawab soalan ya? Limitkan pergerakan tubuh badan anda supaya ianya tidak mengganggu sesi temuduga anda.

Ini 10 Body Language Yang Sesuai Anda Tonjolkan Ketika Interview. Rujuk Sini Dan Amalkan Ketika Temuduga Anda Nanti

5. Jaga Emosi

Jadilah seorang calon temuduga yang bersifat cool dan berada dalam emosi yang baik ketika menjawab soalan. Jadi diri sendiri dan jangan terlalu banyak berlakon sehingga anda membentuk personaliti yang dibuat-dibuat.

6. Letakkan Tangan Di Paha

Mengapa letak tangan di atas paha? Dengan meletakkan tangan di atas paha, penemuduga dapat melihat bahawa anda adalah seorang yang bersifat terbuka dan sentiasa bersedia. Jadi, elakkan daripada menyilang tangan dan kaki anda dihadapan penemuduga.

7. Eye Contact

Rasa tidak yakin dan tidak selesa sekiranya bertentang mata? Tetapi jika anda tidak melakukan eye contact dengan penemuduga, pastinya tiada keberkesanan komunikasi dan seolah-olah penemuduga bercakap dengan dinding pula. Tidak lama, cukuplah 3 minit sahaja. Jangan pandang penemuduga seolah-olah mahu menelan mereka pula ya.

Ini 10 Body Language Yang Sesuai Anda Tonjolkan Ketika Interview. Rujuk Sini Dan Amalkan Ketika Temuduga Anda Nanti

8. Aras Tangan Ketika Bercakap

Ada calon yang akan menggerakkan tangan ke kiri dan kanan ketika bercakap. Hati-hati sekiranya hendak menggerakkan tangan anda ketika menjawab soalan. Anda boleh gerakkan tangan anda tetapi jaga-jaga, jangan sampai menutup muka anda dan seeloknya aras tangan anda adalah di bawah paras  dagu sahaja.

9. Postur Badan

Ketika berjalan, anda berjalan dengan tegak dan yakin serta berdiri dalam keadaan yang selesa. Malahan anda kelihatan sangat bersedia untuk ditemuduga dan yakin akan mendapat pekerjaan tersebut.

10. Bersalam

Ketika bersalam, pastikan anda berjabat tangan dengan grip tangan yang tepat dan tidak longgar. Jangan pula anda bersalaman dengan cara hipster pula dengan penemuduga. Bagi yang berlainan jantina, anda perlu letakkan tangan di dada kiri dan tunduk sedikit tanda hormat.

Ini 10 Body Language Yang Sesuai Anda Tonjolkan Ketika Interview. Rujuk Sini Dan Amalkan Ketika Temuduga Anda Nanti

Mahukan tips untuk bersaing secara sihat ketika temuduga? Dapatkan disini dan bersainglah secara sihat ketika temuduga anda nanti. Semoga berjaya.

close-image