SL1M : Peluang Pekerjaan Khas Untuk Graduan Baru & Menganggur

0
105

SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) ialah program meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Latihan ini akan mengambil masa 2 bulan untuk kemahiran latihan insaniah (soft-skills training) dan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk latihan industri (on-job-training) yang disahkan oleh EPU, JPM.

Cara Memohon SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)

Bagi calon/graduan yang berminat untuk menyertai SL1M, calon boleh daftar dengan JobMalaysia melalui link di bawah.

 APPLY ONLINE

 

Siapa Yang Layak Memohon!!!

  1. Graduan berwarganegara Malaysia
  2. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan.
  3. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima.
  4. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas.
  5. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  6. Keutamaan diberikan kepada graduan luar bandar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
  7. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia atau Kementerian Sumber Manusia

Kelebihan SL1M

  • Setiap peserta akan diberikan elaun bulanan RM1,000 ke atas selama 12 bulan (maksimum) dan tempat tinggal disediakan.
  • Latihan ini akan mengambil masa 2 bulan untuk kemahiran latihan insaniah (soft-skills training) dan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk latihan industri (on-job-training) yang disahkan oleh EPU, JPM
  • Syarikat yang layak menyertai program diarahkan agar memastikan bahawa graduan mendapat pekerjaan sebelum tamat program latihan ini. (Dengan syarat, graduan/peserta tidak melanggar apa-apa peraturan syarikat & memenuhi syarat-syarat kelayakkan syarikat itu)

Syarikat Yang Menyertai SL1M

  • SIRIM
  • MAS
  • TNB
  • Telekom Malaysia (TM)
  • Malaysia Airports Bhd
  • PETRONAS
  • CELCOM
  • Lembaga Tabung Haji
  • Sime Darby
  • Maybank
  • Affin bank

Nota: Bermula 14 Oktober 2014, SL1M dengan kerjasama JobsMalaysia akan memindahkan Borang Daftar Peserta SL1M secara terus ke portal JobsMalaysia. Berminat mendaftar sebagai Peserta SL1M, sila ke pautan JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja. Selepas mendaftar di JobsMalaysia, link borang SL1M akan terpapar di Anjung JobsMalaysia.