Semakan Permohonan Pengambilan Temuduga PDRM / Konstabel PDRM

23,527

Semakan Permohonan Pengambilan Temuduga PDRM / Inspektor & Konstabel PDRM.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan Eksesais Temuduga Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula 3 Februari 2020 di seluruh Malaysia untuk calon-calon bagi jawatan berikut :

1. Konstabel Sokongan YT1

Eksesais Temuduga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini akan diadakan mengikut lokasi dan masa seperti mana yang tertera di dalam surat panggilan masing-masing.

Semakan status panggilan untuk menghadiri Eksesais Temuduga Polis boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di https://sso.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx dengan memasukkan no kad pengenalan pada ruangan yang telah disediakan.

Semakan status panggilan temu duga PDRM ini boleh dibuat bermula 15 Januari 2020.

TARIKH & LOKASI EKSESAIS TEMUDUGA PDRM 2020

Tarikh dan lokasi untuk Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Inspektor & Konstabel Lelaki dan Wanita dan Konstabel Sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2020 akan dinyatakan di dalam surat panggilan temu duga PDRM masing-masing.

Tarikh Eksesais Temu Duga Pengambilan Jawatan Konstabel Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini akan bermula 3 Februari 2020.

BAGAIMANA MELAKUKAN SEMAKAN PENGAMBILAN PERMOHONAN TEMUDUGA PDRM?

Untuk info lanjut dan cara untuk mendapatkan status di Sistem Semakan Online (SSO) PDRM, sila lihat info di bawah atau klik pautan yang disediakan di bawah.

SISTEM SEMAKAN PDRM

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image