Permohonan Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017

MARA-JPA

Company Email

-

Job Type

Kerja Kerajaan

Location

Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu

Maklumat Jawatan :

Permohonan Biasiswa MARA 2017 – Permohonan Program Khas JPA-MARA 2017.

Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Portal Kerjaya Jawatan Kosong Terkini hanya menyiarkan untuk memudahkan permohonan anda. Untuk memohon sila ikut langkah seperti di bawah.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017.

Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial.

Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).


Syarat Permohonan Biasiswa MARA 2017:

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan seperti di bawah. Pastikan anda rujuk syarat khusus permohonan melalui pautan di bawah.

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia;
ii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2016;
iii. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
iv. Calon hendaklah mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS, HIV dan sebagainya;
v. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan
vi. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

 


Mekanisma Perjanjian Pinjaman:

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.


Cara Memohon:

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my selama tujuh (7) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal MARA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Program Khas JPA MARA Tahun 2017 sebagai bukti permohonan telah dibuat.Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA di http://www.mara.gov.my

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat [email protected]


Maklumat Lanjut Permohonan:

Klik pautan “APPLY ONLINE” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan Program Khas JPA-MARA 2017

Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

apply for a job

(Pastikan anda memohon menggunakan borang dari pautan di atas sahaja)

Senarai Kerja Berkaitan

Leave Comment

You must be logged in to post a comment.