Bagaimana Mohon Pembantu Guru Bahasa Inggeris (T-HELP) Yayasan Terengganu

0
75

Yayasan Terengganu mempelawa anda calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan pelbagai jawatan kosong terkini seperti yang diiklankan di bawah:

1. Pembantu Guru Bahasa Inggeris (T-HELP)

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 22 – 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak yang diiklankan.

Untuk memohon anda pastikan anda ikuti langkah-langkah memohon jawatan kosong terkini seperti di bawah.

Deskripsi Tugas:

  • Rancang dan laksana aktiviti berasaskan komunikasi seperti English In Camp, Short Drama, Spelling Bee dsb melalui Persatuan Bahasa Inggeris, sesi petang/ pagi / Sabtu / kelas ganti.
  • Kendali klinik komunikasi Bahasa Inggeris secara kumpulan kecil pada waktu di luar waktu pembelajaran formal menggunakan modul-modul `Let’s Talk Basic Talk’ terbitan UMT.
  • Sedia dan selenggara profil perkembangan murid dalam komunikasi Bahasa Inggeris
  • Penempatan : Sekolah Menengah terpilih di Terengganu

Elaun Jawatan:

1. Elaun : RM2000.00 Sebulan (Ijazah)
2. RM1500.00 Sebulan (Diploma)
3. Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)

Syarat Lantikan:

1. Rakyat Negeri Terengganu
2. Memiliki Ijazah dalam bidang TESL/TEFl/Bahasa Inggeris/ Komunikasi Bahasa Inggeris dari Institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
3. Berumur antara 22 – 30 tahun, Pesara Guru Bahasa Inggeris juga boleh memohon
4. Fasih dalam Bahasa Inggeris
5. Memiliki personaliti yang ceria, penyabar dan kreatif
6. Celik ICT

Bagaimana Memohon:

Untuk mengetahui maklumat lanjut permohonan jawatan kosong Yayasan Terengganu, dan memohon secara online, sila klik pautan “APPLY NOW” di bawah:

APPLY NOW

(Pastikan anda memohon menggunakan borang dari pautan di atas sahaja)