Bagaimana Mohon Kerja Pegawai Imigresen Gred KP17

0
349

Perhatian kepada pemohon yang berminat. Untuk makluman permohonan jawatan ini adalah melalui Portal SPA Malaysia. Sila ikuti langkah memohon di bawah agar anda tidak terlepas menjawat jawatan ini.

Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan pengambilan 600 jawatan bagi pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan seperti diiklankan di bawah.

1. Pegawai Imigresen Gred KP17

Permohonan jawatan di Jabatan Imigresen Malaysia merupakan permohonan terbuka yang boleh dilakukan secara terus melalui portal SPA Malaysia.

Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini bagi jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 tidak perlu mendaftar semula.

Namun calon perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Bagaimana Memohon:

Calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17 2016 boleh melakukan kemaskini permohonan jawatan tersebut melalui pautan di bawah. Rujuk deskripsi tugas dan syarat memohon di sini.

MOHON SEKARANG

Permohonan hendaklah menggunakan Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) di laman SPA. Klik pautan “MOHON SEKARANG” untuk memohon.

Iklan Jawatan:

Klik iklan jawatan kosong Pegawai Imigresen Gred KP17 seperti yang disiarkan di portal SPA Malaysia di bawah dan save as sebagai rujukan permohonan anda.

Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Gred KP17

Tarikh Tutup:

Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

27 Mac 2016